Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Haiwan Ganjil Suara...

BEBERAPA rakaman video yang memaparkan seekor haiwan begitu ganjil malah kedengaran suaranya sangat...

Wanita Terkejut Mendapati Dia...

ROMANIA – Seorang wanita yang menyangka dia mengandung akhirnya kecewa selepas mendapati bukan...

Sirul Mungkin Di Penjara...

AKHBAR Australia, Sydney Morning Herald  melaporkan salah seorang individu yang membunuh Altantuya Shaariibuu iaitu bekas...

40KM ‘Menapak’ Demi Isteri...

DEMI cinta, lautan api sanggup ku redah. Perumpamaan itu juga menggambarkan kesanggupan seorang pekerja...

Kemenangan KL City FC Atau Kemenangan Ahli Politik?

Begitulah adat permainan ada kalah dan menang. Jika tiada elemen tersebut bukan permainan atau sukan namanya.

Sebenarnya untuk menang lebih mudah, tetapi untuk mempertahankan kejuaraan bahagian yang paling sukar.

Itu yang dialami skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Final Piala Malaysia malam tadi.

Seperti dijangka Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC bermain mati-matian untuk menang.

Namun jangan mengabaikan fakta penguasaan padang dan peluang jaringan JDT – cuma nasib kurang menyebelahi.

Jika JDT menang Piala Malaysia malam tadi pasti akan dikritik juga ‘asyik’ JDT saja menang, bosan dan sebagainya.

Apabila kalah seolah-olah JDT telah tewas segala-galanya sedangkan JDT sudah menjuarai dua piala musim ini.

Trofi Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih serta sekali lagi layak ke Liga Juara-Juara AFC.

Maka kekalahan malam tadi bukanlah sesuatu yang memalukan kerana itu lumrah bersukan. Semangat kesukanan.


Bagaimanapun yang memalukan apabila kemenangan KL City FC malam tadi ibarat kemenangan ahli politik.

Ramai ahli politik meraih merit kemenangan itu untuk “goodwill” politik masing-masing.

Memperlihatkan kemenangan KL City FC disebabkan mereka atau disebabkan oleh tokoh politik daripada parti mereka.

Sehinggakan satu gambar menteri berkaitan sukan seolah-olah menyokong KL City FC di stadium tular di media sosial.

Walhal seorang menteri berkaitan sukan sepatutnya tidak bias dan memperlihatkan sikap neutral.

Tetapi usah khuatir daripada sudut kebarangkalian, JDT berpotensi besar merampas semula kejuaraaan itu walaupun tanpa sokongan menteri.

Bukan setakat malam tadi sahaja Piala Malaysia akan dipertandingkan.

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori