Kempen Iklan Murah TV AlHijrah Diteruskan Syawal

PAKEJ 100 siaran iklan TV dengan harga RM10 ribu ditawarkan kepada usahawan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) sempena Kempen Syawal Bulan Kemenangan TV AlHijrah bermula hari ini dan berakhir pada 5 Ogos (30 Syawal) depan.

100 spot iklan ini akan disiarkan merentas 14 jam waktu siaran bermula 10.00 pagi hingga 12.00 malam sepanjang musim perayaan Aidil Fitri.

Bagi usahawan yang mahukan kos iklan lebih murah, TV AlHijrah menyediakan pakej #ProdukAndaBerhakPopular dengan 21 kali siaran iklan pada harga serendah RM3 ribu.

Kempen Iklan Murah TV AlHijrah Diteruskan Sempena Syawal

Kempen Iklan Murah TV AlHijrah Diteruskan Sempena Syawal

Malahan lebih menarik, pihak TV AlHijrah akan membantu menyediakan khidmat pembikinan slide iklan termasuk skrip dan rakaman suara.

Usahawan yang berminat boleh menghubungi Unit Khidmat Jualan TV AlHijrah melalui talian:

  • 011-21271211
  • 011-28290198
  • 018-2139170

TV AlHijrah bermula pada 6 Jun (1 Ramadan) hingga 5 Julai ini (30 Ramadan) sedang menyiarkan siaran iklan 300 jenama produk IKS sempena Kempen Bazar Ramadan. Kempen iklan ehsan ini berjaya mendapat sambutan hangat hingga semua spot siaran iklan sepanjang Ramadan telah habis ditempah.

Pelancaran Kempen Syawal ini diteruskan sebagai usaha TV AlHijrah untuk membantu usahawan Islam untuk memastikan jenama produk IKS setanding dengan pelbagai jenama elit yang selama ini memonopoli siaran iklan TV. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...