Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Abam Bocey Kesal Difitnah...

ENTAH dimana silapnya, nama pelakon Abam Bocey tiba-tiba hangat diperkatakan gara-gara foto lelaki berbadan...

Paul Yong Berpeluang Rogol...

Putrajaya : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh Paul Yong Choo Kiong...

Kilang Senjata Api Pertama...

KUALA LUMPUR - Anak syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM), KOP...

Bubur Lambuk Tunku Azizah...

KUALA LUMPUR - Petugas barisan hadapan di sekitar ibu negara hari ini bertuah...

Kempen Trak Bubur Lambuk TV AlHijrah Meriahkan Ramadan

SEPULUH buah trak bubur lambuk akan berada di pelbagai destinasi strategik sepanjang Ramadan dalam kempen Limpahan Ramadan TV AlHijrah.

Kempen julung kali ini akan mengedarkan seribu bungkus bubur lambuk kepada umat Islam mulai jam 4 petang setiap hari.

“Kami bawakan juadah istimewa dengan resepi bubur lambuk paling popular dari Masjid Kampung Baru,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Kempen Trak Bubur Lambuk TV AlHijrah Meriahkan Ramadan
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Bagi peminat bubur lambuk terutama resipi turun temurun Kampung Baru yang terkenal dengan daging tetelnya, boleh mendapatkan menu ini untuk juadah berbuka sepanjang Ramadan dengan mengikuti lokasi trak Bubur Lambuk melalui hebahan Facebook TVAlhijrah atau Instagram tvalhijrah 114.

“Kami akan berada di pelbagai destinasi termasuk sampai ke Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi membolehkan juadah ini dinikmati dalam kesibukan kempen pilihanraya,” kata Izelan.

Kempen Trak Bubur Lambuk TV AlHijrah Meriahkan Ramadan

Program Bubur Lambuk ini dijalankan dengan kerjasama Pak Tam Catering, Beras Faiz dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


“Kami akan muncul lebih awal pada Rabu 1 Jun sebagai langkah menyemarakkan ketibaan Ramadan Al Mubarak. Temui kami di Masjid Negara, Kampung Baru, Dataran Merdeka, Putrajaya dan di Stadium Shah Alam,” kata Izelan.

Trak Bubur Lambuk TV AlHijrah akan turut berada di beberapa lokasi menarik sekitar Lembah Kelang pada 2 dan 3 Jun. Sila rujuk hebahan Facebook dan Instagram.

“Kami tahu, suasana Ramadan sudah terasa seminggu sebelum kedatangan Al Mubarak kerana ramai yang berpuasa ganti,” jelas Izelan. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • puasa

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori