Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

BN Bersedia Jika Pilihan...

SEMPORNA - Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata UMNO dan...

‘Wahab Tak Hilang, Jalani...

KUALA LUMPUR : Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir...

Supermodel Diburu Susulan Kematian...

SUPERMODEL terkenal Pakistan, Ayyan Ali, 22, kini diburu polis selepas disyaki terlibat dengan kematian...

VIDEO: Ngeri ! Bangkai...

SEBUAH video yang menunjukkan bangkai seekor tikus yang telah ditarik keluar daripada pusat...

Kena ‘Serang’ Netizen, Qi Razali Tidak Mudah Melatah

PELAKON dan pengacara, Qi Razali memilih untuk tidak melatah biarpun dilempar dengan pelbagai ‘serangan’ peribadi terhadapnya berhubung perihal mengajak orang bersolat baru-baru ini.

Pelakon berusia 40 tahun itu memberitahu dia hanya membuat kenyataan itu secara umum dan langsung tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk setiap kebaikan dibuat.

“Siapa yang ambil nasihat itu dengan cara baik baguslah. Yang belum sampai masanya insya-Allah kita buat yang terbaik saja.

“Cara kita mengajak dan membimbing ke arah kebaikan itu masing-masing punya tanggungjawab. Kan tweet saya itu diakhiri dengan ajar cara elok dan bagi contoh baik.

“Islam itu indah. Jangan bagi pandangan buruk terhadap agama kita dengan satu komen saja,” katanya dipetik Harian Metro.

Baca: “Nak Ajak Orang Solat Pun Segan? Pelik Pula Tengok…”

Terdahulu, Qi menerusi salah sebuah entri di Twitter miliknya mengakui pelik dengan mentaliti segelintir pihak yang segan untuk mengajak kawan atau kekasih menunaikan solat ketika sampai waktu berbuat demikian.

“Tak salah kalau kita ajak kawan atau kekasih kita solat. Zaman sekarang, nak ajak orang solat pun segan. Pelik pulak tengok.


“Kalau dia tak nak solat atau marah kita balik, takpe, kita ajak lagi. Itu memang tanggungjawab kita. Ajaklah cara elok, bagi contoh yang baik,” tulis Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali.

Meskipun kenyataan pengacara itu mendapat reaksi positif namun tidak kurang juga netizen yang mengkritik dan mempersoalkan berhubung perkara berkenaan.

Malah, tidak kurang juga ada yang menuduh Qi sebagai kaki kelab malam dan mengecam kekasihnya yang tidak menutup aurat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori