Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Fara Fauzana Mahu Tinggal...

PENYAMPAI radio popular, Fara Fauzana hari ini membuat pengumuman bahawa dirinya kini sudah...

Ringgit Tidak Berubah

KUALA LUMPUR – Ringgit tidak berubah dengan memihak kepada pengukuhan berbanding dolar US...

Betulkah Guan Eng Mahu...

CUBA perhatikan apa yang disebut Menteri Kewangan Lim Guan Eng ini, yang menerangkan...

Pelaburan Dalam Negara Wujudkan...

PUTRAJAYA - Usaha kerajaan meningkatkan pelaburan dalam negara telah berjaya mewujudkan 33,907 pekerjaan...

Kenapa Perlu Terbuka Mengkritik?

MENELITI kenyataan Tok Mat Hasan Timbalan Presiden UMNO mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai RMK12 oleh kerajaan boleh menceritakan kepada kita keperibadian Tok Mat yang sebenar.

Kita tahu Tok Mat dilihat sebagai seorang yang mahir dari sudut ekonomi kerana pengalaman menguruskan sebuah syarikat bertaraf dunia. Tok Mat juga dilihat antara pemimpin yang banyak memberikan pandangan yang bernas berkaitan pelbagai isu.

Sebagai seorang Timbalan Presiden UMNO yang mana Naib Presidennya yang menjadi Perdana Menteri kerajaan hari ini pasti ada medium atau platform yang lebih sopan dalam mengutarakan pandangan berkaitan dasar kerajaan.

Terdahulu dalam persetujuan antara kepimpinan UMNO bahawa pertemuan secara berkala sekerap 2 minggu atau sebulan sekali antara Perdana Menteri dan pimpinan UMNO harus dihormati dan dihargai. Segala pandangan untuk membantu kerajaan boleh sahaja diutarakan dalam mesyuarat MKT, Biro Politik atau Top 5 sekali pun. Kesemua platform tersebut diduduki oleh Tok Mat.

Pandangan dan kritikan terbuka Tok Mat tidak lebih dari usaha mahu menonjolkan diri beliau yang dilihat tidak berada dalam sistem pemerintahan negara. Pertikaian soal sumber kewangan untuk membiayai RMK12 seolah Tok Mat memperlekehkan kerajaan dan Perdana Menteri secara terbuka. Apakah niat Tok Mat? Apakah Tok Mat mahu mengajar Perdana Menteri yang dibantu ratusan pegawai kerajaan yang mahir dan profesional untuk menyediakan RMK12.

Apakah teruk sangat kerajaan hari ini dengan pertikaian terbuka Tok Mat seolah kerajaan tidak mampu mengambilkira kemampuan kewangan kerajaan untuk membiayai lebih RM400 billion kos RMK12. Kos ini untuk 5 tahun perancangan RMK12 bukannya untuk setahun.

Agak tidak masuk akal RMK12 ini dikaji dan dirancang tanpa meletakkan asas kepada kekuatan kewangan negara. RMK12 yang dibentangkan oleh PM bukannya RMK pertama.

Pertikaian terbuka Tok Mat ini juga lebih kepada kempen melonjakkan diri beliau berdepan pemilihan parti yang bakal berlaku mungkin. Ini merupakan kenyataan kedua Tok Mat yang agak sinis dan berbentuk peribadi selepas kerajaan yang diterajui pemimpin UMNO DS Ismail Sabri.


Apakah Tok Mat sekarang merasa makin cemas untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden yang tidak punya apa-apa sumbangan kepada kerajaan mahupun parti. Dalam masa yang sama Tok Mat dilihat sebagai pemimpin yang gagal di Negeri Sembilan.

Bukan soal tak boleh menegur kerajaan tetapi kepimpinan UMNO memiliki saluran tertentu dalam membantu kerajaan. UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang sopan dalam berpolitik tetapi Tok Mat telah menterjemahkan bahawa beliau seorang pemimpin yang tidak mendokong apa yang telah dipersetujui dan disepakati antara kepimpinan dalam UMNO dan Perdana Menteri dari UMNO.

Sikap sebegini hanya akan memburukkan imej UMNO yang sentiasa bertelagah sesama kepimpinan. Sehingga bila UMNO mahu mencetuskan kontroversi negatif sehingga memburukkan imej UMNO dan kerajaan yang diterajui oleh pemimpin UMNO?

Tok Mat harus berhenti mengkritik secara terbuka untuk menonjolkan peribadi beliau dan mencari mileage untuk keberuntungan politik peribadi semata. Cukuplah Tok Mat. Jayakan dulu untuk rampas N9 dari pembangkang (PH) sebelum mahu mencampuri urusan kerajaan persekutuan.

#UMNOMenerajui

Cikgu Hamzah
Nilai N9

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori