Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nelayan Hilang Selepas Terjatuh...

JOHOR BAHRU - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut di...

Panggil Bomba Turunkan Mayat...

EKORAN gagal membawa keluar mayat wanita sebarat 200 kilogram menggunakan tangga, sepasukan bomba...

Lelaki Ini Kongsikan Perangai...

TAK kiralah di mana sahaja kita merantau atau melancong, adab dan tatasusila adalah...

Tangkap Ikan Secara Haram:...

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang...

Kenduri Durian, Ahli Parlimen Batu Pahat Mohon Maaf

BATU PAHAT – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon memohon maaf atas tindakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah kebun durian di sini Ahad lalu.

Ahli Parlimen Batu Pahat itu berkata, dia memohon maaf atas kekhilafan berkenaan dan menyerahkan siasatan lanjut serta berjanji untuk memberikan kerjasama kepada polis.

“Kekeliruan timbul apabila terdapat beberapa media yang menghubungi saya bagi bertanyakan mengenai video saya di kebun dan saya menjawab soalan itu tanpa menonton sendiri video pada awalnya.

“Selepas selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) semalam, barulah saya ada kesempatan untuk menganalisa video yang terkait dengan saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sejak PKP pertama sehingga kini, dia sering menerima aduan daripada pekebun kecil termasuk pengusaha sayur dan buah-buahan yang mengalami kesukaran menjual hasil tanaman berikutan jualan yang merosot.

“Selepas meneliti, salah satu video yang tular semalam adalah lawatan saya ke kebun durian kampung diusahakan masyarakat setempat yang terkesan berikutan PKP.

“Kebetulan ketika itu terdapat lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraidah Kamaruddin ke Batu Pahat. Oleh itu, kami menghadiahkan durian kepada rombongan menteri untuk dibawa pulang,” katanya.

Katanya, selepas rombongan menteri pulang, dia dibawa ke kebun oleh salah seorang pengusaha pada waktu petang bagi mendengar permasalahan yang dihadapi dan berbincang lanjut.


“Sampai di kebun, pengusaha kebun durian berkenaan menghidangkan durian kepada kami dan saya hanya menjamah sedikit durian sambil berbincang dengan pengusaha kebun mengenai langkah-langkah bantuan yang boleh dihulurkan.

“Selepas perbincangan tamat, saya terus meninggalkan program awal kerana perlu pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Semalam media melaporkan polis membuka kertas siasatan terhadap Mohd Rashid yang didakwa melanggar SOP PKP susulan video ‘kenduri durian’ berdurasi 13 saat yang tular itu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen Batu Pahat itu dan individu yang terbabit dalam video itu bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. – myMetro Online

Kategori