Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

PRN Sarawak: DUN Bukit...

LAWAS : Tiada kemenangan tanpa bertanding untuk Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang...

Mesyuarat 2 Hala Malaysia-India...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini mendedahkan bahawa...

Suspek Tikam Anggota Keluarganya...

SEREMBAN - Suspek yang dipercayai menikam seorang anggota keluarganya iaitu Ketua Pemuda UMNO...

Mahasiswa Anggap Ahli Pekida...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan mahasiswa menyifatkan ahli-ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia...

Kenyataan Balas Que Haidar Kepada Aziz M. Osman

BARU-BARU ini kecoh apabila pelakon-pelakon senior bersuara dengan lambakan pelakon-pelakon baharu yang khabarnya mereka tiada ilmu lakonan dan ‘kayu’.

Terdahulu Que Haidar ada mengutarakan pendapatnya menerusi satu posting Facebook di group Movie Addict. Kemudian giliran Aziz M. Osman pula bersuara dengan kenyataan pelakon baharu dan lakonan ‘kayu’.

Baca: Que Haidar ‘Sound’ Pelakon ‘Kayu’ Join Kelas Lakonan

Juga: Aziz M.Osman Bidas Pelakon Lama, ‘Dulu Dia Pun Sama’

Semalam, nampaknya Que Haidar memuat naik satu tweet balas terhadap sindiran yang dilemparkan oleh Aziz M. Osman.

Que mempersoalkan sama ada dengan title pelakon baharu yang dipegang mereka membuatkan mereka tidak layak ditegur dan mereka tidak perlu berbuat apa-apa untuk perbaiki diri.

Menerusi tweet ini, Que tampil mempertahankan pendiriannya yang berpendapat bahawa pelakon-pelakon baharu ini perlu menjalani kelas lakonan bagi menjaga kualiti lakonan itu sendiri.


Terbaharu, menerusi satu posting di Instagramnya, Que telah memberi satu situasi berbeza tetapi konsepnya sama mengenai teguran daripada yang tua kepada yang muda.

Mungkin pertikaian ini dapat dihentikan apabila pelakon-pelakon kita ini meletakkan soul dalam lakonan mereka dan bukan berlakon untuk mengejar populariti sahaja. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori