Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh: Mayat Keempat...

GEORGE TOWN - Mayat keempat mangsa tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya...

Brunei Nafi Ada Kad...

BANDAR SERI BEGAWAN - Kerajaan Brunei menafikan pernah mengeluarkan kad perkahwinan pasangan Islam...

Macau Scam: Polis Thai...

BANGKOK - Polis Thai menyelamatkan seorang wanita Malaysia berusia 19 tahun yang dipukul...

Makan Daging Sendiri Untuk...

Pernahkan anda bayangkan bagaimana rasanya daging manusia? Seorang lelaki memutuskan untuk memotong sedikit...

Kepala Diserkup Sarung Bantal, Tangan Dan Kaki Diikat

BUKIT MERTAJAM – Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Flat Taman Pauh di sini, terjawab dengan penemuan mayat seorang lelaki dengan keadaan tangan dan kaki terikat malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, polis menemukan mayat berkenaan dalam keadaan terlentang dalam bilik utama dan kepalanya diserkup sarung bantal.

Mangsa dikenali sebagai Zahari Abdul Hamid, 48, dikatakan tinggal di rumah berkenaan bersendirian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, polis menerima laporan daripada jiran mangsa yang tidak tahan dengan bau kurang menyenangkan dari rumah tersebut.

“Ketika sampai di lokasi polis mendapati pintu jeriji hadapan dalam keadaan berkunci dan anggota bomba terpaksa dipanggil untuk memecahkan pintu utama sebelum mendapati kipas dan lampu ruang tamu dalam keadaan terpasang.

“Selepas pintu bilik utama dibuka kita dapati mayat lelaki berkenaan dalam keadaan telentang berdekatan katil di mana tangan dan kaki terikat dengan wayar serta kepalanya diserkup sarung bantal warna merah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, keadaan mayat yang sudah mula mengembung dan berbau busuk dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari yang lalu.


“Pemeriksaan dilakukan mendapati beg duit dan telefon milik mangsa tidak dicuri, namun rumah mangsa dalam keadaan berselerak.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes yang akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Mustafa berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Seberang Jaya untuk bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran,” katanya. – Sinar Harian

Kategori