Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mahathir Mula Tugas Perdana...

TUN Dr. Mahathir Mohamad hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri interim. Dr. Mahathir...

Polis Berkas 11 Lelaki...

SHAH ALAM - Sekumpulan 11 lelaki disyaki terbabit kegiatan menggodam sistem komputer kerajaan,...

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak...

Pakar Bom, Abu Gomes...

KUALA LUMPUR - Anggota militan Negara Islam (IS) Muhammad Nasrullah Abd Latif adalah...

Kerajaan Baharu Fokus Pendidikan Kemahiran

KENINGAU – Kerajaan baharu diterajui Parti Warisan Sabah akan memberi fokus kepada pembangunan pendidikan kemahiran dan latihan berteknologi tinggi yang relevan dengan pasaran kerjaya, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Sabah Rasinin Kautis.

Justeru katanya keputusan kerajaan mewujudkan kementerian khas iaitu Kementerian Pelajaran dan Inovasi di negeri ini adalah tepat yang bagi meningkatkan kemudahan serta prasarana institut-institut pendidikan sedia ada di Sabah.

“Tumpuan kita sangat jelas untuk pembangunan pendidikan di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Majlis Amanah Rakyat (Mara) Negeri Sabah 2018 yang turut dihadiri Pengarah Marah Sabah Suhaimi Zainuddin, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Keningau Masly Wahip di sini, hari ini.

Seramai 250 pelajar daripada 10 buah sekolah menengah di seluruh daerah Keningau menghadiri program itu.

Rasinin berkata, kerajaan komited untuk membantu institùt-institut latihan vokasional dan kemahiran sedia ada untuk melahirkan tenaga kerja mahir di kalangan golongan muda bagi memenuhi permintaan tenaga mahir dari pihak industri.

Mengenai program itu Rasinin berkata, Mara sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.


“Agensi itu (Mara) mempunyai kakitangan yang komited, jujur dan pintar. Mara juga sentiasa mencari ruang untuk menambah skim baharu dan memperbaiki skim sedia ada,” katanya.

Rasinin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Liawan berkata, Mara sentiasa berusaha memastikan bumiputera mendapat peluang untuk terus berjaya dalam sektor keusahawanan, pendidikan dan pelaburan.

Justeru beliau mahu rakyat supaya sensitif dan mengambil peluang dengan peluang-peluang yang disediakan oleh agensi berkenaan.  – BERNAMA

Kategori