Kerajaan Gesa Syarikat Penerbangan Turunkan Segera Tambang

Semua syarikat penerbangan di negara ini perlu segera menurunkan harga tambang penerbangan tanpa perlu melibatkan campur tangan kerajaan secara berlebihan, kata Menteri Pengangkutan Dr Wee Ka Siong.

Gesaan tersebut dibuat menerusi catatan di laman Facebook miliknya hari ini.

Wee juga menyifatkan harga tambang yang dikenakan syarikat penerbangan khususnya ke Sarawak ketika ini amat membebankan pengguna.

“Secara khususnya, ramai yang melahirkan rasa marah terhadap harga tambang penerbangan ke Sarawak yang amat tinggi, lebih-lebih lagi menjelang cuti hujung tahun dan awal 2022.

“Situasi ini memberi kesan kepada orang ramai, daripada pengembara hinggalah kepada ahli keluarga yang mereka rindui untuk bertemu semula setelah lama berpisah akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sarawak melahirkan kekesalan berhubung harga tambang dan kekerapan penerbangan ke Bumi Kenyalang itu.

Menurut Wee, Kementerian Pengangkutan mengadakan mesyuarat dengan Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo bagi membincangkan keperluan menurunkan harga tambang penerbangan bagi membolehkan penumpang menikmati kadar harga rendah menjelang akhir tahun ini.

“Sejurus pertemuan ini, Malaysia Airlines berjanji untuk menambah penerbangan ke Sarawak dan mengurangkan harga tambang ke Sarawak pada Dis, sekali gus berupaya mengurangkan kadar tambang ke negeri tersebut.


“Mavcom (Suruhanjaya Penerbangan Malaysia) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga bersedia untuk meluluskan lebih banyak kekerapan penerbangan,” katanya.

Bagaimanapun, Wee mengingatkan pemain industri agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikan harga tambang bagi menampung kerugian yang dialami sebelum ini.

Di peringkat Sarawak pula, katanya, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan dan beberapa kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian isu tersebut dengan mengambil kira usaha berterusan dalam membendung penularan Covid-19 di seluruh negara.

Wee turut memaklumkan dia berhubung dengan rakan sejawatannya di Sarawak, Lee Kim Shin, untuk meminta kerajaan negeri mengembalikan operasi mengawal selia frekuensi perkhidmatan penumpang udara kepada Mavcom.

“MOT (Kementerian Pengangkutan) memahami keperluan Sarawak untuk membendung Covid-19, kerajaan negeri dan agensi berkaitan mesti memainkan peranan masing-masing bagi memastikan perkhidmatan serta permintaan bergerak seimbang selain membenarkan syarikat penerbangan meningkatkan frekuensi perkhidmatan mereka berdasarkan pengoperasian yang dipacu oleh pasaran,” katanya.

– Bernama

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...