Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Nazir Razak Tidak Salah...

KUALA LUMPUR - Hasil semakan dalaman terperinci terhadap aktiviti perbankan membabitkan akaun peribadi...

2 Lagi Ditahan Insiden...

JEMPOL - Dua lagi rakyat Thailand ditahan pasukan keselamatan pada 7 pagi ini di tembok...

Lukisan 7D Berdasarkan Fantasi...

PASIR MAS - Pelukis kontemporari, Ngdawiyah lsmail, 43, mempamerkan keistimewaannya tersendiri apabila berjaya...

Ismail Sabri Mula Tugas...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini secara rasmi memulakan...

Giatkan Kempen Pengurangan Beg Plastik

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan merancakkan kempen kesedaran pengurangan penggunaan beg plastik menerusi platform media sosial, digital serta elektronik bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan memelihara alam sekitar.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kempen itu akan memberi fokus kepada kesedaran awam bagi mengubah sikap masyarakat melalui pendekatan komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam atau ‘Communication, Education and Public Awareness’ (CEPA).

“Kempen ini bertujuan menggalakkan masyarakat mengurangkan penggunaan beg plastik dalam urusan harian, selain memberi pendidikan kepada masyarakat mengenai impak dan kesan buruk kepada alam sekitar akibat daripada pencemaran sisa plastik,” katanya pada pelancaran sambutan Hari Habitat Sedunia 2018 peringkat Malaysia dan kempen ‘TIDAK’ kepada beg plastik di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam menyediakan penempatan yang baik dan kondusif, pelupusan sisa pepejal perlu diuruskan secara sistematik, teratur dan selaras.

Pada pelancaran itu, sebuah ‘reverse vending machine’ telah ditempatkan di PPR Beringin yang akan diperluaskan ke seluruh negara selepas November ini.


“Mesin ini direka khusus untuk menerima bahan kitar semula terdiri daripada botol plastik dan tin aluminium menggunakan teknologi tinggi dengan setiap bahan kitar semula dimasukkan ke dalam mesin ditukarkan kepada mata ganjaran,” jelasnya.

Selain itu, komuniti hub yang dibangunkan di PPR Beringin kendalian Urbanice Malaysia menjadi platform dalam menggalakkan interaksi sosial yang sihat dalam kalangan penduduk bagi memperkasa komuniti sejahtera dan mampan.- BERNAMA

Kategori