Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Trump’ Kini Di Muzium...

BERLIN - Muzium Lilin Madame Tussaunds di Berlon, Jerman kini telah menerima 'penghuni'...

Teresa Kok Dilarang Masuk...

NAIB Pengerusi DAP Teresa Kok semalam dilarang daripada memasuki Sabah oleh kerajaan negeri...

‘Tauke’ Ola Bola Henti...

PELAKON berketurunan Cina JC Chee kini semakin mendapat perhatian peminat filem tempatan selepas...

Ada Pihak Cuba Aniaya...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Raja Afiq, 22, mendakwa ada pihak sengaja mahu aniaya...

Kerajaan Mansuhkan Saham Khas GLC Jika Perlu – Mahathir

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memansuhkan pegangan saham khas dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) jika ia didapati perlu, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun tindakan itu akan dilakukan selepas kajian dijalankan ke atas setiap kes.

“Sebagai contoh, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) tidak seperti yang dijanjikan, dan bagi kes ini, kerajaan perlu mengambil alih,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Integriti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) 2020, di sini hari ini.

“Sebagai contoh, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak seperti yang dijanjikan, dan bagi kes ini, kerajaan perlu mengambil alih,” katanya.

Terdahulu dalam perbincangan panel, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata kerajaan perlu memindahkan saham khasnya dalam GLC supaya lembaga syarikat dapat mencari calon sesuai untuk memegang jawatan pengurusan tinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

“Disebabkan kuasa saham khas, kerajaan boleh membuat keputusan sendiri untuk melantik calon mereka,” katanya.

Shahril berkata pada masa lepas konsep saham khas diwujudkan disebabkan kurangnya kerangka kerja atau peraturan yang tidak berkesan pada masa itu.

Namun, berikutan kawal aturan yang sudah ditambah baik dalam industri seperti telekomunikasi, tenaga dan penerbangan hari ini, kerajaan wajar memansuhkan saham khas.


Sementara itu, CEO Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Alias ​​berkata pengawal selia wajar memahami peranan mereka dalam industri.

“Antara cabaran yang kami hadapi adalah untuk menangani satu atau dua pengawal selia yang tidak memahami perniagaan yang dijalankan oleh KWSP disebabkan kompleksnya perniagaan dana itu.

“Jika mereka mengarah kami sedangkan mereka sendiri tidak memahami perniagaan, ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar,” katanya.

Sementara itu, ahli Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), Profesor Jomo Kwame Sundaram berkata, tidak ada pendekatan ‘satu untuk semua’ bagi lebih 1,000 syarikat di Malaysia.

Beliau juga menggesa peraturan dalam negara ditingkatkan supaya akauntabiliti dalam tadbir urus dapat dicapai hasil ketelusan. 

Kategori