Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kebetulan Presiden Dipecat Ikut...

SEOUL - Tular menerusi media sosial di Korea Selatan apabila ada netizen negara...

Harga Langganan Apple Music...

APPLE Music yang diperkenalkan pada WWDC 2015 baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi positif...

Tiada Kesan Penderaan Fizikal...

SEREMBAN - Kanak-kanak lelaki tiga tahun, Muhammad Adam, yang ditemui bersendirian di sebuah...

Keindahan Malaysia Tiada Bandingan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keindahan Malaysia bukan...

Kerajaan Melaka Tolak Keras Acara Jerusalem’s Jubilee

MELAKA – Kerajaan Melaka mengesahkan tidak pernah menerima permohonan penganjur bagi melaksanakan Perhimpunan Jubli Jerusalem yang dikaitkan dengan gerakan Yahudi di negeri ini.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Idris Haron berkata, sehubungan itu tidak ada sebarang kelulusan pernah diberikan kepada pihak penganjur dan perhimpunan itu dianggap sebagai melanggar peraturan sekiranya ia tetap diadakan.

“Di peringkat kerajaan negeri, kita menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan ini dan tidak mahu ia dijadikan acara di Melaka,” jelas beliau lagi ketika menjadi tumpuan ramai pemberita tempatan.

Idris menegaskan demikian sebagai mengulas isu All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) selepas menghadiri Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka ke-13 di Kompleks Seri Negeri, di Ayer Keroh pada Isnin.

“Kita sedia maklum mengenai penyebaran mengenai Jerusalem’s Jubilee yang dilaporkan akan diadakan di Melaka. Untuk maklumat, kerajaan negeri tidak pernah menerima (permohonan), apatah lagi hendak meluluskan,” katanya.

Baca: 33 NGO Bantah Fitnah AMGGRC Konon Dapat Izin

Sementara itu, Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata kerajaan negeri tidak pernah memberi sebarang kebenaran kepada sebuah badan bukan kerajaan Kristian untuk menganjurkan program perhimpunan tersebut.

Katanya tidak menjadi suatu kesalahan mengadakan sesuatu rutin keagamaan di rumah ibadat masing-masing, namun perhimpunan itu adalah agenda meraikan kemenangan Yahudi menawan semula Jerusalem pada 1967.

Beliau berkata perhimpunan itu jelas tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam serta Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini.


“Saya menyeru kepada masyarakat Islam agar tidak menyertai dan tertipu dengan program ini, dan berhati-hati dengan agenda untuk memecah-belahkan umat Islam,” kata Abdul Halim lagi.

Semalam, tersebar tular satu risalah penganjuran program himpunan Jubli Jerusalem menerusi media sosial yang dirancang bakal diadakan di Calvary Life Assembly Chinese (CLAC) Melaka pada 15 hingga 18 Jun depan.

Jerusalem’s Jubilee ialah acara sambutan kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam perang enam hari pada 1967 dan sempena tahun ke-50 itu, ia diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel dan Kristian Evangelis.

Penganjuran acara yang juga disebut sebagai AMGGRC itu turut dikecam hebat oleh pihak UMNO dan PAS Melaka di sebalik sokongan kuat beberapa pemimpin Pakatan Harapan khasnya DAP. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori