Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRU14: Tahap Siap Siaga...

KUALA LUMPUR - Tahap siap siaga anggota dan pegawai polis di seluruh negara...

Ambil Pekerja Asing: Majikan...

KUALA LUMPUR - Majikan yang mengambil tenaga kerja asing tidak boleh bersikap lepas...

Hafidz Roshdi, Isteri Bulan...

PELAKON Hafidz Roshdi mengakui masih belum sempat meluangkan masa bersama isterinya setelah mendirikan...

Presiden KAFA Mahu Pemain...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berharap...

Kerajaan Mohon Lucut Hak Wang Alvin Goh, Isteri Addy Kana

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia memohon untuk melucut hak wang tunai berjumlah lebih RM500,000 dalam akaun milik ahli perniagaan Alvin Goh Leong Yeong atau Alvin Goh dan isteri ‘Datuk Addy Kana’, Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff serta syarikat mereka yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kerajaan melalui Pendakwa Raya memohon harta yang disita pada Disember 2020 dan Januari lalu dilucut hak dengan alasan ia diperoleh melalui hasil aktiviti haram iaitu aktiviti perjudian dalam talian dan dagangan mata wang kripto tanpa lesen sah.

Pemerolehan harta terbabit adalah suatu kesalahan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Dalam prosiding hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menetapkan pengurusan kes pada 29 Disember ini bagi pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai status penyiaran notis warta kepada pihak ketiga berkepentingan.

Notis itu bagi memanggil pihak ketiga hadir ke mahkamah dan memberikan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak kepada kerajaan.

Dalam prosiding itu, Pendakwa Raya diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Alvin Goh diwakili peguam Lim Jin Wen manakala Alyaa Syuhaila diwakili peguam Effa Azuin Aidrul Hisyam.

Pendakwa Raya memfailkan notis usul pada 29 September lalu dengan menamakan Alvin Goh dan syarikatnya, Malaysian House of Internet Sdn Bhd serta Networld Computer (KL) Sdn Bhd.


Ia memohon melucut hak wang responden berjumlah RM60,232.01 yang disimpan dalam tiga akaun bank peribadinya dan wang masing-masing berjumlah RM10,588.94 dan RM16,721.75, dalam akaun Malaysian House of Internet dan Network Computer.

Dalam satu lagi permohonan notis usul, Pendawa Raya menamakan Alyaa Syuhaila dan syarikatnya, Nine Nine International Sdn Bhd selaku responden dengan memohon melucut hak wang di dalam lima akaun peribadi berjumlah RM353,723.81 dan wang tunai berjumlah RM75,846.82 dalam syarikat itu.

Pada 12 April lalu, Alvin Goh dan adiknya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tujuh pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM2.14 juta.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan membebaskan `Datuk Addy Kana’ atau nama sebenarnya Zaidi Kanapiah dan dua anggota polis daripada penahanan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berkaitan sindiket perjudian dalam talian pada 27 April lalu. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori