Kerajaan Pertimbang Buka Sempadan Negara Secara Selamat

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan membuka sempadan negara secara selamat, dengan membenarkan pelawat asing dari negara tertentu yang lengkap divaksin untuk memasuki negara ini tanpa perlu menjalani kuarantin wajib, berikutan perkembangan positif indikator Covid-19.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia melalui program pengiktirafan bersama sijil vaksin seperti yang telah dilaksanakan di beberapa negara lain.

Jelasnya perkara itu antara yang dimaklumkan dalam mesyuarat MPN yang berlangsung hari ini.

“Ini satu perkembangan positif dalam proses pembukaan sempadan negara yang saya pasti akan merancakkan semula kegiatan ekonomi terutamanya sektor pelancongan, konvensyen antarabangsa, peruncitan dan lain-lain, di samping mempermudahkan urusan pelawat perniagaan dan pelawat sosial,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau diberi taklimat oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan berpuas hati dengan perkembangan dicapai, khususnya dari segi penurunan kes positif harian, penggunaan katil wad unit rawatan rapi bagi merawat pesakit Covid-19 dan kadar vaksinasi populasi dewasa yang tinggi pada masa ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pembukaan sempadan negara akan membolehkan rakyat Malaysia ke luar negara tanpa peraturan yang menyulitkan, manakala pelawat sosial dan pelancong asing boleh datang ke negara ini dengan mematuhi syarat ditetapkan.

Ditanya bila perkara berkenaan akan dapat dimuktamadkan, Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan bahawa perkara itu akan dibincang dan dipertimbang dalam mesyuarat kerajaan hari ini.

“…kerana pembukaan sempadan antarabangsa ini sudah dipertimbang lama dan dikira sudah sampai masa selepas rentas daerah dan rentas negeri dibenarkan,” katanya.

Mesyuarat MPN yang berlangsung hampir tiga jam itu turut menyaksikan penglibatan wakil parti pembangkang iaitu Ahli Parlimen Subang Wong Chen (PKR), Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (DAP), Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah) dan Tan Sri Bernard Dompok mewakili UPKO. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...