Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tahniah!! TMJ Sah Menjadi...

Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini meriah meraikan pasangan sejoli yang baru...

Angka Kematian Akibat Coronavirus...

BEIJING - Angka kematian akibat jangkitan coronavirus di China terus meningkat kepada 132...

Universiti Jepun Pertama Luar...

KUALA LUMPUR - Kampus cawangan universiti Jepun yang pertama di luar negara, besar...

16 CCTV Di SMK...

KOTA BHARU - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini, menjadi sekolah...

Kerajaan Taliban Batal Suruhanjaya Pilihan Raya

KABUL: Taliban membubarkan suruhanjaya pilihan raya Afghanistan iaitu sebuah panel yang menyelia pilihan raya ketika pentadbiran yang disokong Barat sebelum ini, kata jurucakap kerajaan Islam, semalam.

“Tiada keperluan untuk suruhanjaya ini wujud dan beroperasi.

“Jika kita merasakan ia perlu, Emiriah Islam akan menghidupkan semula suruhanjaya ini,” kata jurucakap kerajaan Taliban, Bilal Karimi yang merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas (IEC) dan Suruhanjaya Aduan Pilihan Raya Bebas.

Taliban mengambil alih kuasa pada Ogos lalu ketika kerajaan yang disokong Barat terlerai pada peringkat akhir pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS).

EIC yang ditubuhkan pada 2006, diberi mandat untuk mentadbir dan menyelia semua jenis pilihan raya termasuk presiden, menurut laman web suruhanjaya itu.

“Mereka membuat keputusan ini dengan tergesa-gesa, tindakan membubarkan suruhanjaya itu akan mengakibatkan kesan yang besar.

“Jika struktur ini tidak wujud, saya pasti 100 peratus masalah Afghanistan tidak akan dapat diselesaikan kerana tidak akan ada pilihan raya,” kata Aurangzeb yang mengetuai panel sehingga kejatuhan rejim sebelum ini kepada AFP.

Sementara itu, Halim Fidai, seorang ahli politik kanan dalam rejim sebelum ini berkata keputusan untuk membubarkan suruhanjaya pilihan raya menunjukkan Taliban ‘tidak percaya kepada demokrasi’.


“Mereka menentang semua institusi demokrasi. Mereka mendapat kuasa melalui peluru dan bukan undi,” kata Fidai yang juga adalah gabenor empat wilayah sejak dua dekad lalu.

Sebelum pengambilalihan Taliban, beberapa pegawai suruhanjaya pilihan raya dibunuh oleh kumpulan pelampau.

Karimi berkata, pihak berkuasa juga turut membubarkan dua jabatan kerajaan minggu ini iaitu kementerian keamanan dan kementerian hal ehwal parlimen.

Taliban yang sangat konservatif turut menutup kementerian hal ehwal wanita bekas pentadbiran itu dan menggantikannya dengan kementerian untuk mempromosikan kebajikan dan pencegahan maksiat.

Kementerian itu mendapat kemasyhuran semasa Taliban memegang kuasa pertama pada 1990-an kerana menguatkuasakan doktrin agama dengan keras.

Kumpulan pro-Islam mendesak masyarakat antarabangsa untuk memulihkan berbilion dolar dalam bantuan yang ditangguhkan dan menjanjikan peraturan yang lebih sederhana kali ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori