Kerana Anak Patung, Kanak-Kanak Terperangkap

KANAK-KANAK ini kecewa kerana gagal mendapatkan anak patung dari mesin arked lalu dia memutuskan untuk masuk ke dalam dan mendapatkan sendiri hadiah berkenaan.

Malangnya usaha Jamie Bracken-Murphy itu tidak kesampaian sebaliknya dia terjatuh dalam mesin terbabit dan terperangkap di dalamnya.

Menurut bapanya, Damien Murphy, dia cuba mengeluarkan Jamie namun kanak-kanak terbabit tidak muat untuk melalui ruang kecil di mesin arked tersebut yang diletakkan di pusat mainan kanak-kanak di sebuah pasaraya di Ireland.

“Saya memujuk Jamie bertenang dan tunggu sehingga saya dapat mencari kakitangan di situ yang mempunyai kunci bagi membuka mesin terbabit,’’ katanya Damien.

Nasib baik ada seorang anggota bomba yang kebetulan tidak bertugas dan berada di situ. Dia telah menggunakan sepenuhnya kemahiran untuk menyelamatkan si kecil yang sedang terperangkap dalam mesin itu.

“Selain anggota bomba itu, kakitangan di situ turut membantu dan mereka juga terkejut kerana tidak pernah melihat kanak-kanak masuk ke dalam mesin arked terbabit,’’ kata Damien.

Sementara Jamie pula dibenarkan menyimpan dua anak patung beruang yang dipegangnya ketika berada dalam mesin tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kingpin Diberkas, Polis Rampas Dadah RM10.13 Juta

SHAH ALAM: Kegiatan satu sindiket menjadikan sebuah rumah kedai di Bukit Puchong sebagai makmal...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika...

Hem Sebagai Sumber Fiber

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan melaksanakan kajian rintis hem, iaitu...

Perkhidmatan JPJ Seluruh Malaysia Masih Seperti Tahun 80-an

SHAH ALAM: Mutu perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk...

Ibu Bapa Digesa Waspada Aktiviti Air Di Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Ibu bapa digesa lebih berwaspada ketika membawa keluarga melakukan aktiviti air pada...

Landskap Pendidikan Tinggi Berhadapan Rempuhan Teknologi Dan IR 4.0

TANJUNG MALIM: Landskap pendidikan tinggi dalam negara mengalami perubahan yang drastik susulan ‘rempuhan’ teknologi...