Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Buka Kertas Siasatan...

IPOH - Pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kematian...

Raja Mangkat: Thailand Berkabung...

BERIKUTAN kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej pada Khamis, Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha mengumumkan negara itu...

Pemancing Hilang, Bot Karam...

LABUAN - Seorang pemancing dilapor hilang dipercayai akibat botnya karam di perairan Semarang...

Cabar Hadi Awang, Ahmad...

Bekas naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang mengesahkan khabar bahawa beliau akan mencabar...

Kerana Rebut Meja, Pasangan Biadab Kasari Warga Emas

SINGAPURA – Polis berjaya menangkap seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 46 tahun dan 39 tahun kerana ganggu ketenteraman awam di sebuah medan selera di sini baru-baru ini.

Insiden kekocahan pasangan Cina itu menjad tular apabila video rakaman amatur seorang pengunjung dikongsi menerusi laman Facebook tempatan, The Local Society pada 23 April lalu sehingga disaksikan lebih 2.9 juta kali.

Menerusi video berdurasi 1 minit 17 saat itu, ia memaparkan gelagat biadab pasangan tersebut yang mengeluarkan kata-kata kesat dan bertindak kasar terhadap seorang lelaki di pusat penjaja dan pasar Toa Payoh Lorong 8.

Menurut jurucakap pasukan polis Singapura yang dipetik stesen tempatan Channel NewsAsia, pihak berkuasa secara kebetulan juga ada menerima aduan pada Ahad lalu mengenai tindakan kurang ajar pasangan berkenaan.

Hasil siasatan yang dijalankan, pasangan tersebut telah pun dikenal pasti dan kemudian segera ditangkap. Siasatan bagaimanapun masih lagi dijalankan untuk mengetahui punca mereka berebut meja di medan selera tersebut.

Rakaman video yang tular tersebar luas menerusi media sosial jelas menunjukkan pasangan berkenaan memekik dan menolak warga emas berusia 76 tahun itu gara-gara isu perebutan tempat duduk di pusat penjaja terbabit.


Namun dakwaan netizen bahawa konon pasangan itu adalah kakitangan Bank UOB di cawangan Toa Payoh adalah palsu setelah pihak institusi perbankan tersebut melakukan semakan terhadap imej wajah dua suspek berkenaan.

Kejadian terbaharu itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga republik pulau kecil tersebut mengenai sikap generasi muda semakin biadab dan tidak bertolak ansur hanya kerana mahu mementingkan diri sendiri.

Di Singapura, individu yang disabitkan bersalah di mahkamah kerana didapati mengganggu ketenteraman awam boleh dihukum denda sehingga S$1,000 (kira-kira RM3,000). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori