Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syukur Anak Sempat Balik...

KUALA LUMPUR - Salah seorang bapa pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang...

Catatan Perjalanan Media Malaysia...

SELEPAS berjaya memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, rombongan media Malaysia turut berpeluang menyaksikan sendiri...

Ahli Parlimen Jelebu Stabil...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainuddin Ismail yang menjalani pembedahan di...

Lelaki Derita Ketumbuhan Sebesar...

SELEPAS 35 tahun menderita akibat ketumbuhan di kepalanya, akhirnya Sutat Meesati menemui sinar...

‘Kereta Terbang’ Sejenis Dron, Perlu Kelulusan CAAM – Loke

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengumumkan kereta terbang yang diuar-uarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof adalah sejenis dron, dan oleh itu perlu kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Nak terbang dron perlu dapatkan kelulusan CAAM,” katanya menjawab pertanyaan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat, pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa membabitkan Kementerian Pengangkutan.

Shahidan Kassim (BN-Arau) kemudian berterima kasih kepada Loke atas penjelasan itu.

“Kami bagi pihak semua ahli Parlimen ucap terima kasih kerana itu bukan ‘kereta terbang’ tetapi dron,” kata Shahidan, disokong Ismail Sabri Yaacob (BN-Bera).

Redzuan di Dewan Rakyat semalam mengumumkan beliau akan pandu uji “kereta terbang” pada Khamis, sambil mengundang wakil-wakil rakyat untuk menyaksikan sesi itu.

Kategori