Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Izreen Azminda Kesal Jadi...

PELAKON kontroversi, Izreen Azminda sekali lagi meluahkan rasa kesal apabila dirinya menjadi menjadi...

Hidup Zul Bahagia, Nekad...

KONTROVERSI yang melanda pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin bagaikan terus berlanjutan waima dia...

“Ini Janggut Rajinikanth Bukan...

"INI bukan janggut Taliban, tuan-tuan. Ini janggut Rajinikanth (pelakon terkenal India),” kata Ahli...

FAM Nafi Pemain Futsal...

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya penjaga...

Kerjasama Dengan Semua Asalkan Bawa Kebaikan Negara

LANGKAWI – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya bekerjasama bersama sesiapa sahaja, termasuk parti pembangkang, jika ia memberi kebaikan kepada negara.

Perdana Menteri berkata, pertemuan beliau bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah biasa kerana beliau berjumpa banyak pihak termasuk pemimpin pembangkang.

Katanya, pertemuan bersama pemimpin PAS itu dibuat sebelum ini, kerana parti itu bimbang mengenai perkara tertentu berkaitan dasar kerajaan.

“Ya, ada gambar saya bertemu Haji Hadi. Saya berjumpa banyak pihak kerana ini adalah kerja saya, walaupun mereka ini adalah musuh (politik) saya.

“PAS berjumpa saya kerana timbul kebimbangan dan saya jelaskan jika kami melakukan perkara salah, jangan sokong kami di Parlimen.


“Tetapi jika kami melakukan perkara betul, walaupun mereka pembangkang, sila sokong kami demi kebaikan,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Projek Demostrasi 5G Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi di sini, hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan dan gambar pertemuan antara Dr. Mahathir dan Abdul Hadi disiarkan sebuah portal berita yang turut mendakwa akan berlaku kerjasama politik antara kedua-dua mereka.

Dr. Mahathir mengakui, ada ketika beliau memerlukan sokongan daripada PAS membabitkan rang undang-undang tertentu. – BH Online

Kategori