Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Belanjawan 2019 Tidak Terperinci...

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan Belanjawan...

Rakan Mohon Netizen Dengar...

BELUM selesai lagi percakaran 'manja' antara bekas peserta Clever Girl, Kiera dan rapper...

Transgender Jangan Guna Tandas...

PERSONALITI televisyen Ras Adiba Radzi membantah saranan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,...

Zamarul Hisham, Diana Rafar...

Pelakon drama popular, Zamarul Hisham, 44, dan Diana Rafar, 33, sah kembali bergelar...

Kes COVID-19, India Sekali Lagi Catat Rekod Dunia

NEW DELHI – India mencatat satu lagi rekod global hari ini apabila mencatatkan lebih 414,000 jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam, lapor Agensi Anadolu.

Ia menandakan hari kedua berturut-turut negara itu mendaftarkan lebih 400,000 kes selepas melaporkan 412,262 jangkitan semalam.

Angka Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat 414,188 kes dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21,49 juta. 

Sebanyak 3,915 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 234,083.

India yang bergelut dengan gelombang pandemik kedua menyebabkan sistem kesihatan negara itu lumpuh. 

Mahkamah Tinggi Delhi semalam memerintahkan pihak berkuasa memberikan rawatan perubatan kepada semua yang dijangkiti COVID-19. 


Sejak 27 April, negara ini juga telah menerima sumbangan antarabangsa untuk bekalan dan peralatan perubatan. 

Namun, banyak hospital menyatakan bantuan terbabit belum sampai kepada mereka.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan malam tadi berkata, “semua bantuan yang diterima hingga 5 Mei 2021 telah diagihkan dan dihantar segera ke negeri / institusi. Usaha sedang dilakukan.” – BERNAMA

Kategori