Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Muka Iras Suspek Bom...

HANYA kerana memiliki wajah seiras suspek yang amat dikehendaki Polis Diraja Thailand untuk...

Puteri Sarah Akui Tidak...

TERSENYUM kami melihat perubahan hidup pelakon Puteri Sarah yang mengakui dirinya lebih tenang...

Kes Bapa Bunuh Anak...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Selayang di sini memindahkan kes seorang bapa yang...

Ais Di Greenland Cair...

GREENLAND berdepan masalah lapisan ais yang mencair lebih pantas daripada dijangkakan, yang disifatkan...

Kes Covid-19 Turun Kerana Jumlah Saringan Dikurang – Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kes harian Covid-19 di negara ini menurun sejak minggu lepas kerana pengurangan jumlah saringan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Najib, ramai masih tertanya-tanya kenapa jumlah kes positif turun begitu ketara tetapi jumlah kluster baharu dikesan setiap hari tetap tinggi.

“KKM perlu memberi data bagi jumlah saringan dibuat serta kadar positif terkini apabila mengumumkan jumlah kes positif setiap hari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Pada Isnin, Malaysia merekodkan penurunan kes baharu jangkitan Covid-19 dengan mencatatkan 2,176 kes positif.

Sementara itu, Najib berkata, beliau menerima maklumat bahawa jumlah saringan Covid-19 setiap hari dibuat KKM telah menurun sejak minggu lepas dan mengakibatkan jumlah kes positif yang dilaporkan turut berkurangan.


“Pengurangan saringan tersebut menimbulkan pertanyaan adakah KKM tidak lagi akan saring semua kontak rapat kes positif.

“Sebaliknya, hanya kontak rapat yang menunjukkan gejala sahaja akan disaring dan sekitar 80 peratus yang positif tidak menunjukkan sebarang gejala,” katanya. – Sinar Harian

Kategori