Friday, January 10, 2025

Creating liberating content

‘Thirsty Runner 2016’ Jadikan...

SERDANG - 'Thirsty Runner 2016' yang berlangsung hari ini memberi impak positif kepada...

Harga RON97, RON95 Dan...

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh dari 3...

Pasukan Petugas Khas Ditubuh...

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas...

Sri Lanka Pecah Rekod...

COLOMBO - Sri Lanka akhirnya berjaya memecahkan rekod dunia menerusi pokok Krismas yang...

Kes Dera Anak Lelaki, Ibu Bapa Direman 5 Hari

KUANTAN – Seorang anggota tentera dan isterinya direman selama lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes dera anak lelaki mereka yang ditemui dirantai pada tong gas semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Rosli Ab Rahman berkata suspek berusia 32 tahun dan isterinya berusia 37 tahun ditahan ekoran penemuan kanak-kanak malang itu, selepas polis terpaksa memecah masuk bahagian belakang rumah yang terletak di Indera Mahkota 1 di sini, pada pukul 10 pagi semalam.

Beliau menambah semasa ditemui, mangsa yang berusia 10 tahun hanya memakai seluar dengan lehernya diikat pada tong gas berwarna hijau menggunakan rantai besi dan kunci mangga.

“Mangsa dipercayai berada dalam keadaan itu selama dua jam dan ditinggalkan di rumah bersama-sama dengan adik bongsu berusia dua tahun, yang semasa serbuan berada di tingkat atas rumah.

“Ibu mangsa dipercayai keluar berniaga manakala dua lagi adik beradik mangsa masing-masing berusia 13 dan enam tahun ke sekolah,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Program Gaya Hidup Sihat di Kem Bukit Galing di sini, hari ini.
​​​​​​​
​​​​​​​Rosli berkata mangsa yang merupakan anak kandung wanita itu daripada perkahwinan terdahulu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Difahamkan, mangsa diperlakukan sedemikian kerana ponteng sekolah dan degil.

Baca: Anak Enggan Ke Sekolah Dirantai Di Tong Gas

Beliau menambah siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 iaitu mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali mendakwa beliau mendengar bunyi besi bergesel dengan tong gas dari rumah itu sejak awal pagi semalam, dan mula berasa curiga apabila mendengar bunyi rantai besi direntap.

“Pada mulanya saya ingat anak jiran sengaja bermain di tong gas itu, namun bila diselidik, didapati anak jiran yang diikat pada tong gas itu. Saya nampak kanak-kanak itu juga cuba mengangkat tong gas itu sambil menyeret rantai besi itu,” katanya.

Beliau juga mendakwa sering mendengar mangsa ditengking oleh suspek selain ada kalanya merayu supaya tidak dipukul.

Sementara itu, seorang lagi jiran berkata keluarga berkenaan baru dua bulan berpindah ke kawasan perumahan itu dan kurang bercampur dengan jiran-jiran. – BERNAMA

Kategori