Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kementerian Pendidikan Tinggi Tetap...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi tetap dengan pendiriannya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu...

Pangkalan TUDM Subang Jadi...

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuka Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang...

India Minta Bantuan Malaysia...

NEW DELHI - India meminta bantuan Malaysia untuk memerangi keganasan berikutan peningkatan ancaman...

2 Inisiatif Baharu Untuk...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan dua inisiatif...

Kes Hotel FIC: Bekas Pegawai Khas Isa Samad Ditahan

PANAS… Skandal pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak yang asalnya hanya melibatkan beberapa suspek tertentu kini nampaknya semakin hangat.

Terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan bekas pegawai khas kepada mantan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad pada jam 4 pagi Selasa, bagi membantu proses siasatan.

Perkara itu turut disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad sambil menegaskan bahawa lelaki berkenaan ditahan di pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir untuk memberi keterangan.

“Dia akan ditahan reman pada petang ini di Mahkamah Putrajaya,” katanya tanpa mendedahkan lebih lanjut selepas melancarkan Majlis Sahabat Gerakan Revolusi AntiRasuah (Gerah) di Hotel Ansa, Kuala Lumpur, hari ini.

Setakat ini, empat individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan. Skandal tersebut menyebabkan anak syarikat FELDA itu turut mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit.

Dzulkifli pada 28 Julai lalu, mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk pembelian sebuah hotel di Kuching pada 2014 itu yang disyaki dibeli oleh pihak FIC dengan harga lebih tinggi berbanding pasaran semasa.


SPRM memulakan siasatan pembelian hotel di Kuching itu susulan maklumat diterima pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan pembelian hotel bertaraf empat bintang di London oleh FIC sebelum ini.

Ini menyaksikan mantan Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd. Zaid Abdul Jalil ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan setelah hampir 12 jam memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

Media sebelum itu melaporkan hartanah di Kensington tersebut dibeli antara 2013 dan 2015 pada harga 60 juta pound sterling (kira-kira RM330 juta) pada 16 Disember 2014. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori