Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Raja Selfie Malaysia Ini...

Anda suka selfie dan yakin kegilaan mengambil gambar 'diri sendiri' anda dah cukup...

Janin Ditemui Dalam Perut...

Al-Quran dan hadis adalah panduan yang sudah cukup lengkap bagi umat Islam mengetahui...

Bapa Michelle Yeoh Meninggal...

Bapa kepada aktres popular antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh iaitu Datuk Yeoh Kian Teik...

Gempa Nepal: Pasukan SAR...

KATHMANDU - NEPAL. Nepal memutuskan menghantar pulang pasukan mencari dan menyelamat (SAR) asing...

Kesemua 11 Wanita Seksi Maut Dalam Nahas Pesawat

TEHRAN – Sebuah pesawat persendirian dari Turki yang membawa 11 orang termasuk anak kapal, kesemuanya wanita seksi, dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan di Iran pada lewat Ahad.

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan terbunuh. Para pegawai Turki dan Iran berkata bahawa lapan penumpang dan tiga anak kapal ditemui dalam bangkai pesawat peribadi yang terhempas di bahagian selatan Iran.

Insiden nahas tersebut berlaku semasa jet mewah itu membawa seorang anak perempuan ahli perniagaan dan rakan-rakannya pulang ke Istanbul, Turki dari satu majlis sambutan di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Laporan media Turki menyatakan lapan penumpang itu termasuk Mina Basaran, anak perempuan ahli perniagaan terkenal Turki, dan tujuh rakannya yang meluangkan beberapa hari di UAE bagi meraikan perkahwinannya.

Laporan-laporan tersebut, yang dipetik akhbar Hurriyet dan beberapa saluran televisyen Turki, mendedahkan pesawat eksekutif jenis Bombardier Challenger 604 itu adalah milik kepada syarikat bapa Mina iaitu Huseyin.

Jutawan pemilik Basaran Holding Company yang berpangkalan di Istanbul itu amat aktif dalam sektor tenaga, pembinaan dan pelancongan. Ia juga memiliki beberapa buah hotel, lapor agensi berita tempatan Tasnim.

Beberapa laporan media turut menyatakan hanya sehari sebelum insiden kemalangan udara itu, lapan wanita muda tersebut ada memuat naik gambar menerusi media sosial, sambil mereka tersenyum dan berehat-rehat di Dubai.


Laporan tersebut juga mendedahkan bahawa Mina sempat memuat naik foto eksklusif melalui akaun laman sosial beliau semasa menaiki pesawat Bombardier yang sama sebelum berangkat dari Istanbul ke UAE minggu lalu.

Beliau dilaporkan baru sahaja bertunang pada bulan Oktober tahun lepas dan lawatannya ke UAE adalah secara tradisi sebagai sambutan “selamat tinggal” kepada rakan-rakannya sebelum mangsa mendirikan rumah tangga.

Mina yang baharu berusia 28 tahun itu dilantik menjadi salah seorang anggota lembaga syarikat ayahnya sejak tahun 2013 lagi, lapor media Turki. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori