Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ikuti IG @tvalhijrah114: Berita...

BERMULA 4 Ogos setelah berlepas pesawat MH8000 dari KLIA dan mendarat di Madinah bersama...

Kalau Ada PRK, Pekebun...

KUALA LUMPUR – Malang nasib pekebun-pekebun kecil negara ini kerana tidak ada Pilihan...

36 Wanita Asing Terlibat...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan 36 wanita asing kerana disyaki terbabit dengan...

Polis Siasat Kes Sebar...

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes penyebaran senarai nama 121...

Kesian… Labi-Labi ‘Obesiti’ Tersangkut Pada Longkang

MAK aiii... besarnya! Itu yang terpacul pada mulut sebaik sahaja melihat labi-labi gergasi ini.

Barangkali kerana kebesaran itulah, labi-labi seberat 80 kilogram ini dilaporkan tersekat dalam longkang di hadapan sebuah rumah Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, semalam.

Kehadiran haiwan reptilia sepanjang 1.2 meter ini disedari oleh pemilik rumah berkenaan yang kemudian menghubungi talian kecemasan setelah mendapati labi-labi itu tidak bergerak.

Berikutan itu, sepasukan bomba dan penyelamat dipanggil ke lokasi kejadian.

Ketua BBP Batu Gajah Halid Md Zain berkata, pihaknya menerima laporan mengenai hal itu kira-kira jam 9.59 pagi.


“Anggota mengeluarkan labi-labi itu menggunakan tali dan menyerahkannya kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak sebelum dilepaskan ke habitat asalnya,” katanya.

Sementara itu, netizen pula dilihat menzahirkan rasa terkejut melihat saiz labi-labi dan mempersoalkan usia haiwan tersebut. Apa tidaknya, memang besar ‘benor’! – MYNEWSHUB.CC

Kategori