Khazanah Jual Seluruh Kepentingan Lebuhraya Bertol Indonesia

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. akan menjual keseluruhan kepentingannya dalam lebuhraya bertol Cikopo-Palimanan (Cipali), satu daripada lebuhraya bertol terpanjang di Indonesia kepada Canada Pension Plan Investment Board (CPPIB).

CPPIB dan rakan kongsinya, PT Baskhara Utama Sedaya (BUS) akan bersama-sama mengambil alih 55 peratus kepentingan dalam PT Lintas Marga Sedaya (LMS), ketika ini dipegang oleh PLUS Expressways International Bhd — anak syarikat UEM Group, yang kesudahannya menjadi milik penuh Khazanah Nasional Bhd., menurut dana pencen Kanada itu.

LMS ialah pemegang konsesi dan pengendali lebuhraya bertol Cipali.

Dalam kenyataannya, CPPIB berkata transaksi dijangka selesai pada suku keempat 2019, tertakluk kepada syarat penutupan biasa, termasuk kelulusan pengawalseliaan.

Sepanjang 117km, lebuhraya bertol Cipali adalah lebuhraya bertol terpanjang yang beroperasi di Indonesia dan merupakan hubungan penting dalam rangkaian pengangkutan di Pulau Jawa, dan sebahagian daripada rangkaian Lebuhraya Bertol Trans Jawa.

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...