Khazanah, KWSP Tolak Maju Ambil Alih PLUS – Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan menolak tawaran Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih PLUS Malaysia Sdn Bhd (PLUS), selepas menilai pandangan pemegang saham utama syarikat konsesi tol itu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pemegang saham utama PLUS, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bersetuju dengan tawaran pengambilalihan itu.

“Kita terima banyak permohonan pelbagai pihak dan keputusan kementerian adalah berlandaskan pandangan yang diberikan pemegang saham utama, iaitu Khazanah dan KWSP.

“Buat masa ini, Khazanah dan KWSP tak setuju. Itu adalah keputusan buat masa ini, tetapi kita tetap akan berpandukan apa yang bakal diputuskan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang mendakwa Guan Eng menentang pengambilalihan syarikat konsesi tol itu daripada Maju Holdings.

Laporan itu mendakwa Maju Holdings sudah membuat tawaran baharu bagi mengambil alih PLUS dan ia dikatakan disahkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini bukan kali pertama Maju Holdings membuat tawaran untuk mengambil alih PLUS apabila tawaran seumpamanya pernah dikemukakan pada 2017.

Namun, kerajaan pada ketika itu menolak dengan alasan tidak dapat mengesahkan sama ada tawaran terbabit disokong sumber kewangan yang jelas dan kukuh.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, pihaknya akan mengaturkan pertemuan dengan Maju Holdings untuk menilai tawaran baharu berkenaan.

“Saya akan berjumpa pihak Maju Holdings untuk meneliti tawaran baharu itu yang dikatakan berbeza daripada tawaran sebelum ini,” katanya. – Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...