Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hilang Ketika Memancing,...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing semalam, ditemukan...

Mahathir! Berapa Juta Bayar...

SABOTAJ... Dalam sidang media di Parlimen pada Selasa lalu, akhirnya Tun Dr. Mahathir...

Pemuda PAS Perak Minta...

IPOH - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mahu kerajaan negeri mengemukakan saman fitnah...

Johor Rombak 23 Pegawai...

KERAJAAN Negeri Johor melakukan rombakan baru terhadap 23 Pegawai Tadbir negeri berkuat kuasa...

Khazanah Tentukan Penggabungan Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR – Hanya Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang berhak untuk membuat keputusan sama ada syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd. (MAB) boleh bergabung dengan AirAsia Group Bhd. (AirAsia).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, hal ini kerana Malaysia Airlines (MAB) berada di bawah tanggungjawab Khazanah dan syarikat pelaburan negara itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Terpulang kepada dua syarikat penerbangan itu untuk membuat keputusan masing-masing termasuk keputusan komersial.

“Ramai yang menyangka masa depan MAB di bawah Kementerian Pengangkutan, sedangkan bukan begitu kerana MAB di bawah bidang kuasa Khazanah dan Pengerusinya adalah Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin berkata, AirAsia dilihat sebagai pengendali penerbangan yang mampu menyelamatkan MAB selain menyifatkan “adalah lebih baik untuk MAB ‘berkahwin’ (disatukan) dengan AirAsia daripada sewenang-wenangnya membiarkan jenama ikonik itu berkubur.

Kategori