Saturday, January 4, 2025

Creating liberating content

Peguam Beri Jaminan Shahidan...

KANGAR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan...

BWF Umum Tuan Rumah...

KUALA LUMPUR - Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini mengumumkan 18 tuan rumah...

Bukti Seleweng Dana HRDF...

PUTRAJAYA — Bukti penyelewengan yang dikaitkan dengan dana RM300 juta milik Tabung Pembangunan...

Lap Najis Guna Tisu...

PAKAR memberi amaran bahawa tisu tandas tidak membantu langsung dalam membersihkan najis walaupun...

Khidmat Bas Nadi Putra Di Putrajaya Terhenti Hari Ini

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan bas awam Nadi Putra yang disediakan untuk kemudahan penduduk dan orang awam di Putrajaya tidak dapat beroperasi seperti biasa hari ini, berikutan masalah pemandu yang tidak mahu bekerja.

Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd yang menguruskan Nadi Putra dalam satu kenyataan di Facebook sebentar tadi, memaklumkan pihaknya sedang berunding dengan pemandu terbabit untuk memulihkan perkhidmatan bas seperti biasa.

Sabtu lalu, BH melaporkan Nadi Putra yang disediakan untuk kemudahan penduduk Putrajaya serta orang ramai yang mahu berurusan atau melancong di situ kian merosot dan dikhuatiri menjejaskan imej Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan berkenaan.

Selain gagal mematuhi jadual perjalanan dan sering lewat, bas juga didakwa banyak mengalami kerosakan dipercayai kerana gagal diselenggara dengan baik, menyebabkan perkhidmatan disediakan untuk kemudahan pengguna bertukar jadi menyusahkan.


Mengikut maklumat disalurkan Kesatuan Pekerja Nadi Putra, jumlah penumpang tahun ini merosot sehingga purata 76,000 sebulan, berbanding mencecah 150,000 yang direkodkan sebelum itu, dikatakan akibat pengurangan jumlah dan laluan bas kerana masalah kerosakan. – BH ONLINE

Kategori