• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Minta MKT Segerakan Pemilihan UMNO

oleh
30/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO perlu menyegerakan pemilihan parti itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika ia mahu menyelesaikan kemelut dalaman yang membelenggu parti sejak beberapa bulan lalu.

Ahli Parlimen Rembau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun ini, perlu diadakan segera sebelum PRU-15. 

Pemilihan awal akan membolehkan UMNO menghadapi PRU-15 dengan barisan pemimpin yang memiliki ‘mandat jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat’. 

“Hanya satu cara untuk menyelesaikan kemelut dalaman UMNO. Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan hingga selepas pilihan raya umum. Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini. UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat jelas dan yang boleh mendapat sokongan rakyat.

“Segerakan pemilihan parti. Lakukan perkara yang tepat, Majlis (Kerja) Tertinggi (MKT). Anda tahu kita tak boleh teruskan dalam keadaan begini,” kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu dalam catatan menerusi Instagram, hari ini. 

Kemelut dalaman UMNO antaranya tercetus apabila wujud kelompok yang mahu menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dengan pihak yang menyokong kerjasama itu diteruskan atas alasan penyatuan ummah.

Beberapa isu lain turut mencetus perpecahan dalam parti itu, termasuklah dakwaan wujud usaha menjalin kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP yang dikatakan didalangi beberapa pemimpin kanan UMNO.

Selain itu, perpecahan turut dilihat antara pemimpin parti tiada jawatan dalam kerajaan dengan beberapa pemimpin yang berjawatan dalam Kabinet, agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beberapa kumpulan pula melihat Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi yang cenderung memutuskan kerjasama dengan BERSATU, sebagai liabiliti untuk parti kerana masih berdepan puluhan pertuduhan rasuah di mahkamah.

Dua hari lalu, Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan BERSATU pada PRU-15, manakala kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) diteruskan hingga pembubaran Parlimen.

Dalam ucapan penggulungan PAU 2020, Ahmad Zahid antaranya mencabar seorang menteri daripada parti itu yang disifatkan sebagai ‘makhluk perosak’, untuk meletak jawatan.

Bulan lalu, Ahmad Zahid dilaporkan memberi jaminan pemilihan parti itu akan diadakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Khairy yang kini memegang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, pernah bertanding menentang Ahmad Zahid bagi merebut jawatan Presiden UMNO ketika pemilihan parti pada 2018, yang diadakan selepas PRU-14.

Ketika itu, Ahmad Zahid berjaya menewaskan Khairy serta beberapa pencabar lain iaitu veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaluddin. – BH Online

Tags: Khairy Jamaluddinpemilihan UMNOPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

‘Tanya Dia, Dia Bagi Kat Siapa Duit Tu’, Reaksi Sanusi Kepada Dakwaan Marzuki

17/09/2025
0

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak pasti pihak mana yang menerima dana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd