Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

9 Rakyat Malaysia Di...

PUTRAJAYA - Sembilan rakyat Malaysia yang dijadual pulang hari ini dari Wuhan, China...

Jadikan Merokok Sebagai Kesalahan...

DALAM usaha kerajaan membasmi ketagihan merokok, langkah lebih drastik perlu dipertimbangkan dengan menjadikan...

Penganggur Ditahan Curi Duit...

PETALING JAYA: Polis menahan seorang penganggur selepas dipercayai mencuri wang derma berjumlah RM500...

Lantikan KP SPRM Dibuat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah bersetuju supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Kedai Makan Dikenakan Notis, Makanan Disita

KUALA TERENGGANU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu mengadakan pemeriksaan di sebuah kedai makan yang dikatakan mengenakan caj tidak munasabah kepada pengguna hingga menjadi tular di media sosial.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan Rabu lalu, PPDNKK mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan ntipencatutan 2011 kerana mengenakan caj harga yang tidak munasabah.

Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, selain notis pihaknya turut menyita tiga jenis lauk iaitu 13 ketul ikan siakap, 10 biji telur rebus dan 52 ketul hati pedal kerana ia gagal pamerkan tanda harga.

“Bagaimanapun pemeriksaan bagi makanan yang dicaj tinggi tidak dapat dijalankan berikutan ia tidak dipamerkan pada hari tersebut,” katanya  memetik laporan Sinar Harian.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Minggu lalu seorang pengguna Facebook memuat naik status makanan yang diambil di kedai makan berkenaan dan dikenakan harga yang tidak munasabah.


Dia dicaj sebanyak RM32 bagi sepinggan nasi berlaukkan seekor udang galah, dua potong sotong dan sayur kangkung.

Dia yang terkejut dikenakan caj itu kemudiannya mengambil gambar hidangan berkenaan dan memuat naik di media sosial.

Tindakannya  itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizan yang mana rata-ratanya mengecam tindakan pemilik kedai makan itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori