Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Rosakkan Kipas, Kerusi, Tandas...

NIBONG TEBAL: Pihak sekolah sudah memanggil sekumpulan pelajar yang terlibat dalam aktiviti vandalisme...

Terengganu Akan Berusaha Tuntut...

Marang: Terengganu akan terus berusaha menuntut baki pembayaran royalti petroleum atau Wang Ehsan...

260,000 Migrasi Setahun Penuhi...

BERLIN - Jerman memerlukan sekurang-kurangnya 260,000 pendatang baru setiap tahun sehingga 2060 bagi...

Dua Kes Rabies Baharu...

KUCHING - Terdapat dua kes baharu disyaki rabies di kalangan manusia di Sarawak,...

KKM Siasat Dakwaan Remaja Meninggal Dunia Selepas Divaksin

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak menimbulkan kebimbangan awam susulan rakaman video tular mendakwa beberapa individu meninggal dunia selepas menerima vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menerusi ciapan di Twitter rasminya tadi memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti perkara berkenaan dan akan memberikan maklum balas dalam masa terdekat.

“Pihak KKM mengambil maklum akan video tular di media sosial berkenaan dakwaan kesan sampingan susulan pemberian vaksin melalui program vaksinasi remaja.

“Pihak KKM memandang serius perkara ini dan pihak KKM juga sedang mendapatkan fakta terperinci bagi setiap isu yang dibangkitkan di dalam video tersebut,” katanya.

Video tular berdurasi satu minit 40 saat itu memaparkan seorang wanita mendakwa beberapa individu termasuk dua pelajar sekolah menengah di Ipoh, Perak dan seorang remaja di Lahad Datu, Sabah meninggal dunia akibat vaksin Covid-19.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata dakwaan mengenai dua pelajar sekolah di Ipoh, Perak meninggal dunia selepas menerima vaksin Covid-19 seperti didakwa dalam video berkenaan adalah tidak benar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori