Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tidak Mustahil PH Tewas...

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengakui yang kerajaan Pakatan Harapan yang dianggotai...

Honda City Hatchback Dilancar,...

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia...

Jakim Dah Tahu Identiti...

DALAM diam rupa-rupanya pengasas kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman telah mendedahkan identiti...

Tiada Pembantu Rumah Bukan...

PETALING JAYA - Agensi pembantu rumah terkejut dengan arahan 'baharu' oleh Jabatan Imigresen...

KKM Siasat Petugas Main Telefon Bimbit, Tidur

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan surat amaran dan tunjuk sebab terhadap terhadap dua pekerja pengendali pengimbasan terma yang tular sedang bermain telefon bimbit dan tidur di kaunter imbasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata sebelum ini siasatan lanjut sudah terhadap pekerja berkenaan.

Katanya, disebabkan isu berkenaan pihaknya sudah memberi taklimat kepada semua petugas kesihatan yang menjaga kaunter terbabit bagi mempertingkatkan disiplin bagi memastikan saringan dan pemantauan akan dijalankan dengan lebih efektif.

“Saya sudah menonton video yang ditularkan itu, dan ternyata ia memberi perspektif yang tidak baik kerana tidur dan bermain telefon bimbit di kaunter berkenaan.

“Bagaimanapun, saya tidak mengetahui keadaan sebenar, jika kita bersangka baik mungkin pegawai yang sedang tidur itu sakit atau sebagainya, namun tindakan pegawai yang bermain ‘phone’ itu tidak boleh diambil mudah.


“Kita akan meningkatkan disiplin mereka ini, siasatan juga sudah dilakukan bersama dengan surat amaran,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial dua pegawai di kaunter imbasan terma sedang tidur dan bermain telefon bimbit semasa bertugas.

Keadaan itu sekali gus menimbulkan rasa bimbang di kalangan masyarakat mengenai kemasukan pelancong yang berkemungkinan membawa penyakit berjangkit tidak disaring dengan sewajarnya. – BH Online

Kategori