Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kembara Kebajikan 1Malaysia Jelajah...

KUALA LUMPUR - Kembara Kebajikan 1Malaysia yang kini memasuki tahun ketiga akan memberi...

Pasangan Khalwat Naik Van...

KULIM - Tiga pasangan disyaki berkhalwat di hotel bajet sekitar daerah ini malam...

Video: Pendandan Potong Rambut...

KEBIASAANNYA, kita hanya melihat pendandan rambut menggunakan pelbagai jenis gunting yang datang dalam...

RM13 Juta Duit Maksiat...

TELOK KEMANG - Jabatan Imigresen berjaya merampas wang tunai lebih RM13 juta dalam...

KKM Tingkat Pengawasan Genomik Di Pintu Masuk Antarabangsa

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KMM) akan meningkatkan pengawasan genomik di pintu-pintu masuk antarabangsa untuk memastikan kewujudan varian baharu Omicron dapat dikesan dengan cepat.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata setakat ini kerajaan telah berjaya meningkatkan kapasiti analisis jujukan genom penuh kepada 1,500 sampel sebulan.

“Dengan adanya varian membimbangkan (VOC) ini saya akan memohon kepada Kementerian Kewangan untuk tambah lagi peruntukan agar kita dapat tingkatkan lagi kapasitinya bagi melaksanakan survelan genomik,” katanya pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Petugas COVID-19 Institut Kesihatan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata jujukan genom penuh itu penting kerana melalui cara tersebut pihaknya akan dapat mengesan jenis varian yang telah berada di Malaysia.


“Melalui jujukan genom penuh, kita mengesan varian Delta telah ada di Malaysia dan analisis itu juga penting sekiranya varian baharu, Omicron juga wujud di Malaysia.

“Setakat hari ini melalui KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pengajian Tinggi yang membentuk konsortium bagi meningkatkan kapasiti penjujukan genom COVID-19, belum lagi menerima laporan mengenai varian Omicron di Malaysia,” katanya.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori