Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Video: ‘Fed Up’ Main...

SEORANG wanita bertindak berani melawan apabila dua lelaki yang menaiki motosikal di  satu kawasan perumahan,...

Najib Sindir Chef Wan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir Datuk Redzuawan...

PM Pengerusikan Mesyuarat Majlis...

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis...

Rancangan K’jaan Negeri Tubuh...

ISKANDAR PUTERI - Barisan Nasional (BN) Johor berpendapat rancangan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan...

Bantuan Kecemasan ‘Saveme 999’ Untuk Golongan OKU

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan melancarkan aplikasi khas “SaveMe 999” bertujuan membantu golongan orang kurang upaya (OKU) mendapatkan bantuan kecemasan secara lebih efisien dan efektif.

Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KKMM, Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor berkata aplikasi itu yang akan dilancarkan Mac ini boleh diakses menerusi telefon pintar.

“Aplikasi ini akan memudahkan golongan OKU menghubungi pusat panggilan Malaysian Emergency Response Service (MERS 999) dengan hanya menekan butang panik yang diwujudkan pada sistem berkenaan.

“Menerusi butang panik, pusat panggilan akan dapat mengetahui lokasi sebenar OKU itu berada… dan bantuan kecemasan akan dihantar segera sebaik sahaja panggilan diterima,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Persidangan Asia Navigator 2017 di sini hari ini.

Persidangan kali keenam yang dianjurkan International Academies of Emergency Dispatch (IAED) itu menghimpunkan 300 peserta daripada pelbagai agensi terdiri Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam bertujuan bagi meningkatkan keberkesanan sistem Mers 999 di negara ini.

Mohd Ali berkata aplikasi itu juga dilengkapi dengan sistem bantuan suara bagi kegunaan pengguna OKU kategori buta.


“Untuk pengguna OKU lain, mereka hanya perlu menekan butang panik tetapi untuk pengguna buta, kita sediakan kemudahan sistem suara untuk memastikan mereka juga akan dapat menerima bantuan segera ketika kecemasan.

“Bantuan segera akan dihantar dalam tempoh tidak sampai 15 minit sebaik sahaja panggilan kecemasan diterima, bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan lokasi dan situasi kerana adakala berlaku kesesakan jalan raya hingga menyukarkan pihak penyelamat untuk tiba awal,” katanya.

Mohd Ali berkata pengguna OKU hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memudahkan pendaftaran dan penggunaan aplikasi itu. – BERNAMA

Kategori