KLIA & KLIA2: Parkir Kereta Percuma Tunggu Penumpang

SEPANG – Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan ruang parkir percuma untuk mereka yang menunggu ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 bagi melancarkan aliran trafik di kawasan lapangan terbang.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata banyak kenderaan didapati berhenti di tepi jalan berhampiran pam stesen Petronas sebelum ke klia2 dan juga di kawasan aras ketibaan KLIA kerana menunggu ketibaan penumpang.

Sebagai langkah penyelesaian, MAHB menyediakan ruang parkir percuma di tepi kawasan Long Term Car Park (LTCP) atau percuma selama setengah jam untuk parkir di LTCP.

“Sekiranya waktu menunggu lebih setengah jam di LTCP, kita hanya mengenakan caj parkir yang berpatutan iaitu RM2.50 sejam,” katanya kepada media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan (Polis Bantuan) MAHB, di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor yang turut hadir pada majlis itu, berkata pihaknya tidak akan bertoleransi lagi dengan mereka yang meletakkan kenderaan di tepi-tepi jalan memandangkan pihak MAHB telah menyediakan kawasan menunggu yang sesuai.

“Kita telah mula pada tahun ini dengan mengeluarkan saman kepada mereka yang melanggar undang-undang termasuk kompaun yang maksimum atas setiap kesalahan yang dilakukan serta akan memasang kamera litar tertutup di lokasi strategik,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

SPRM Tahan Pengurus Syarikat Kemuka Butiran Palsu Kerja Baiki Jambatan

BATU PAHAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Batu Pahat menahan seorang pengurus sebuah syarikat...

Syarikat AS Diharap Raih Peluang Pelaburan Dari RCEP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap perniagaan Amerika Syarikat (AS)...

Kerajaan Disaran Tanggung Kos Beli Pelekat RFID

KUALA LUMPUR: Kerajaan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch 'n Go (TNG) disaran menanggung...

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil...

Pulau Burung Diisytihar Kawasan Bencana Tahap Satu Susulan Kebakaran

NIBONG TEBAL: Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar sejak lebih seminggu lalu...

DAKN Bakal Payungi Pembangunan Agrikomoditi Negara

PUTRAJAYA: Sektor Agrikomoditi sudah menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia sejak berdekad lalu,...

Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...