Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Fazura Ucap Tahniah Kepada...

JUMAAT lalu telah berlangsung majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail...

Hujan Lebat, Parit Tak...

KOTA BHARU: Perparitan kurang terurus dan hujan lebat berterusan dalam tempoh singkat menyebabkan...

Pemandu Kereta Maut Dalam...

SRI AMAN - Seorang pemandu maut apabila kereta Toyota Spaco yang dipandunya melanggar...

APMM Tahan Enam Warga...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu menahan dua bot...

KLIA & KLIA2: Parkir Kereta Percuma Tunggu Penumpang

SEPANG – Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan ruang parkir percuma untuk mereka yang menunggu ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 bagi melancarkan aliran trafik di kawasan lapangan terbang.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata banyak kenderaan didapati berhenti di tepi jalan berhampiran pam stesen Petronas sebelum ke klia2 dan juga di kawasan aras ketibaan KLIA kerana menunggu ketibaan penumpang.

Sebagai langkah penyelesaian, MAHB menyediakan ruang parkir percuma di tepi kawasan Long Term Car Park (LTCP) atau percuma selama setengah jam untuk parkir di LTCP.

“Sekiranya waktu menunggu lebih setengah jam di LTCP, kita hanya mengenakan caj parkir yang berpatutan iaitu RM2.50 sejam,” katanya kepada media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan (Polis Bantuan) MAHB, di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor yang turut hadir pada majlis itu, berkata pihaknya tidak akan bertoleransi lagi dengan mereka yang meletakkan kenderaan di tepi-tepi jalan memandangkan pihak MAHB telah menyediakan kawasan menunggu yang sesuai.


“Kita telah mula pada tahun ini dengan mengeluarkan saman kepada mereka yang melanggar undang-undang termasuk kompaun yang maksimum atas setiap kesalahan yang dilakukan serta akan memasang kamera litar tertutup di lokasi strategik,” katanya. – BERNAMA

Kategori