Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pembunuhan Ala Mafia Di...

SEPANG -- Polis menemui mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh lima hari lalu di...

Pengantin Tolak Tradisi Putih,...

BAGI kebanyakan wanita, apabila membayangkan majlis perkahwinan, pastinya mereka akan memilih baju pengantin yang...

PAN Pertahan Kredibiliti Timbalan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan...

Rombongan Ahli Parlimen PKR...

KUALA LUMPUR - Jika semalam kumpulan ahli parlimen Muafakat Nasional menaiki bas nampak...

Koleksi Baju Raya Alif Syukri, Pelik Ke Kreatif?

PENGASAS produk kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sering sentiasa tampil dengan kelainan dalam mempromosikan segala barangan jualannya selama ini.

Kali ini, anak jati Kuala Lipis, Pahang itu ternyata lebih ‘kreatif’ apabila berjaya menghasilkan koleksi baju sempena Hari Raya Aidilfitri kelak yang rekaannya dikatakan ala-ala artis K-Pop dari Korea Selatan pula.

Datuk ‘Terlajak Laris’ yang baru genap berusia 30 tahun pada 3 April lalu itu kemudian memuat naik gambar baju rayanya itu dengan menggunakan kapsyen “Baju koleksi raya saya tahun ini…”

Koleksi Baju Raya Alif Syukri, Pelik Ke Kreatif?

Selepas beberapa ketika Aliff memuat naik gambar eksklusif tersebut, ia menjadi topik hangat dalam kalangan netizen yang turut tular dibincangkan menerusi ruangan komen.

Ada yang menyokong penghasilan baju tersebut kerana lebih kreatif dan inovatif dan ada juga yang tidak menyukainya kerana tidak sopan untuk digayakan pada Hari Raya.

Koleksi Baju Raya Alif Syukri, Pelik Ke Kreatif?

Koleksi Baju Raya Alif Syukri, Pelik Ke Kreatif?


Koleksi Baju Raya Alif Syukri, Pelik Ke Kreatif?

Namun, tidak dapat dipastikan adakah koleksi itu telah siap sepenuhnya ataupun Aliff sengaja cetus kontroversi sebagai satu strategi pemasaran sebelum menyiapkan sepenuhnya baju ini dengan menambah lengan.

Aliff bahkan juga tidak menyebut koleksi baju ini sebagai koleksi baju Melayu. Mungkin juga ia sekadar merupakan ‘singlet’ untuk dipakai bersama baju melayu seperti yang disebut oleh selebriti Wak Doyok.

Siapa tahu kan? – MYNEWSHUB.CC

Kategori