PETALING JAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan pertukaran nama Kompleks JPM kepada nama baru, Setia Perdana.
Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat, Izzad Zalman Abdul Kader ketika dihubungi FMT.
Jelasnya, pertukaran nama itu sama sekali tidak melibatkan unsur politik, sebaliknya usaha di peringkat kerajaan persekutuaan untuk menjenamakan semula pejabat kementerian dan agensi kerajaan di Putrajaya, termasuk Kompleks A,B,C,D,E dan F.
āSejak 25 tahun lalu tak pernah tukar. Jadi, sekarang ini kita tengah usahakan untuk ārebrandā and āreflectā profesionalisme jentera kerajaan dan kementerian,ā katanya.
Presiden MCA, Wee Ka Siong menimbulkan perkara ini di Facebook selepas surat mengenai pertukaran nama itu tersebar di media sosial.
āTerfikir juga, adakah ketika ini āanginā sedang bertiup kencang di Putrajaya?ā kata pemimpin Barisan Nasional itu.
āMaka ini merupakan satu seruan supaya setia kepada perdana menteri walau apa pun berlaku?ā
Izzad menafikan dakwaan tersebut. āBukan arahan PM atau apa, sebab penjawat awam pun tahu kerana ia melibatkan pekeliling.ā
FMT dimaklumkan pertukaran nama itu akan berkuatkuasa 1 Februari bersempena Hari Wilayah Persekutuan. – FMT