Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Nekmat Diarah Sedia Tempat...

PASIR SALAK - Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) diarah menyediakan tempat penyimpanan stok ikan...

8 Suspek Rompak MT...

KUALA LUMPUR - Lapan suspek warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam kes rompakan...

Peter Anthony Keluar Warisan

Naib Presiden Warisan Peter Anthony mengumumkan keputusannya untuk keluar parti.Bernama juga memetik Adun...

Ubah Kerajaan Di Luar...

KUALA LUMPUR - Sebarang hasrat untuk menukar kerajaan selain menerusi proses pilihan raya...

Konon Nothing To Hide, Tapi Mahathir ‘Hide’ Isu Memali

MELAYU Mudah Lupa! Itu nama judul salah satu puisi terkenal Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diucapkannya ketika Perhimpunan Agung UMNO pada 2001 dan pernah menjadi sensasi waktu itu.

Ironi, sejak menyertai kem pembangkang, beliau bukan sahaja mudah lupa, malah cuba ajak orang lain khasnya anak muda untuk lupa sejarah terutama skandal dirinya sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri dahulu.

Antaranya ialah tragedi berdarah Memali yang pernah menggemparkan negara apabila sekumpulan penyokong tegar PAS ditembak mati sepasukan anggota polis di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985.

Kisah ini mungkin kurang diketahui generasi lahir selepas 1990-an termasuk Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jika ditanya mengenainya.

Namun, bagi ahli keluarga dan waris insiden tragik itu sama ada PAS atau polis sendiri, mereka tidak akan lupa sejarah pahit peristiwa hitam tersebut yang berlaku ketika Mahathir baru empat tahun menjadi perdana menteri.

Ia terjadi di negeri kelahirannya sehingga menyebabkan rakyat Malaysia khasnya masyarakat Melayu sebagai penduduk majoriti selain kakitangan awam ‘amat marah’ terhadap kerajaan BN yang diterajui UMNO ketika itu.

Justeru, apabila Exco Armada PPBM sendiri, Mohamad Taufik Abas, dan bukannya ahli UMNO sebagaimana dituduh Pakatan Harapan; hanya mahu pencerahan mengenai insiden Memali, Mahathir ternyata mulai panik.

Bayangkanlah jika yang bertanya itu ahli PAS, kemungkinan besar forum Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu akan berakhir dengan Dewan Raja Muda Musa itu musnah hangus terbakar!

Mujur ini tidak berlaku tetapi ia kemudian menyaksikan kekecohan apabila kalangan hadirin meluahkan perasaan kecewa dengan standard jawapan ‘paling bodoh’ oleh tokoh negarawan yang selama ini habis dipuja mereka itu.

Jika diimbau komen netizen media sosial, ramai ‘terkejut’ dengan jawapan Mahathir seolah-olah tragedi itu tidak beri kesan besar kepada dirinya dan lebih malang, orang lain pula dipersalahkan untuk memikul tanggungjawab.

Ini termasuk timbalan beliau ketika itu, Datuk (kini Tun) Musa Hitam yang juga Menteri Dalam Negeri apabila terpaksa ‘menahan’ kemarahan rakyat khasnya ahli PAS kerana konon dilihat si pembuat keputusan insiden itu.

Walhal ketika peristiwa tersebut, Mahathir masih lagi berada di ibu kota dan bukan di Beijing, China sebagai mana sering dimomok oleh media massa kepada umum selama ini, menurut Musa dalam satu forum pada 29 Mac 2014.


“Siapa kata dia (Mahathir) di China? Sebenarnya dia di Kuala Lumpur. Malah setahu saya, dua tiga hari kemudian baharulah dia pergi ke China. Namun, saya sempat memaklumkan kepadanya bahawa kes ini memang sangat serius.

“Dia perlu ada dalam negara atas tiga alasan. Saya katakan padanya, ini melibatkan orang Melayu, dalam sebuah negeri Melayu (Kedah), dan jika ke China, ia menunjukkan bagaimana Perdana Menteri mengambil mudah soal ini.

“Walhal dia sendiri perlu menanganinya,” kata Musa. Dalam interviu menerusi Astro Awani pada 13 Ogos 2016, beliau luah kekesalan kerana insiden itu menyebabkan dirinya pula menjadi ‘kambing hitam’ dan dipersalahkan.

“Signifikan peristiwa Memali adalah mudah, selama 30 tahun saya dikatakan menjadi pembunuh, bolehkah anda bayangkan? Pembangkang pula menyalahkan UMNO dan saya sebagai individu yang kena bertanggungjawab.

“Rakan saya dalam UMNO, apabila situasi ini berlaku, mereka tinggalkan saya. Mereka seolah-olah kata biarlah Musa jadi kambing hitam,” katanya ketika menjadi tetamu program bual bicara Obviously Harith Iskander itu.

Hakikatnya, tragedi Memali yang menyaksikan 14 penduduk kampung diketuai Ustaz Ibrahim Mahmud ‘Libya’ dan empat anggota polis maut sia-sia akibat salah strategi Mahathir sendiri cuba disorok daripada pengetahuan umum.

Mahathir malah menggunakan pendekatan keras apabila bertindak ‘balas dendam’ dengan mengepung kawasan kumpulan penentang kerajaan itu selama beberapa minggu sebelum mereka dihapuskan dalam Operasi Angkara.

Lebih dahsyat, di sebalik Sultan Kedah sanggup mencemar duli menziarahi kubur kumpulan itu, Mahathir enggan iktiraf status syahid oleh Majlis Fatwa Kerajaan Kedah terhadap mereka malah melucutkan jawatan anggota fatwa terbabit.

Ternyata, kekecohan dalam forum Nothing To Hide 2.0 membuktikan Mahathir bukanlah pemimpin yang hebat waima lebih lucu gagal menyakinkan khalayak dalam isu Memali kerana beliaulah dalangnya! – Mynewshub.cc/HAA

Kategori