Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Pendakwah Dinasihat Berhati-Hati Sebarkan...

MUADZAM SHAH - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta golongan pendakwah di negara...

Presiden PAPITA Datuk M...

SHAH ALAM – Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita),...

Putin Jemput Blatter Ke...

MOSCOW - Bekas presiden FIFA yang digantung, Sepp Blatter menerima jemputan terbuka daripada...

Enam Wanita Thailand Ditahan...

ALOR SETAR - Enam wanita rakyat Thailand yang sedang sibuk melayan pelanggan ditahan...

Kontroversi Karaoke, Afifah Nasir Dah ‘Move On’

NAMA pelakon sensasi, Afifah Nasir sebelum ni pernah jadi bualan netizen apabila beberapa minggu menduduki carta kontroversi hangat melibatkan dirinya dan aktor kelahiran Kota Singa, Aliff Aziz.

Afifah Nasir atau sebenarnya Nur Afifah Md. Nasir namun berkata, semangat untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon tidak pernah luntur.

Meskipun masih terdapat segelintir pihak melemparkan tohmahan negatif terhadapnya ekoran isu karaoke yang tercetus beberapa bulan lepas.

Tambah pelakon ini lagi dengan adanya sokongan daripada keluarga, orang tersayang dan peminat sudah cukup baginya dijadikan motivasi untuk tidak mengalah dan teruskan berjuang.

“Saya tidak kisah apa orang nak cakap sebab bukan mereka yang bagi saya makan. Saya akan tetap teruskan kerjaya lakonan saya selagi ada tawaran.

“Tetapi setakat ini semuanya okay kerana selepas saja sidang media lalu, keadaan kembali seperti biasa.

“Kalau ada yang jumpa saya di luar, mereka bertegur sapa dengan saya secara baik. Malah orang-orang produksi, pengarah dan produser juga memberikan kata-kata semangat kepada saya.

“Kalau asyik nak memikirkan tentang adil atau tidak adil, kita memang tak boleh nak tutup mulut orang.

“Saya dah move on dan banyak yang saya belajar daripada kontroversi tersebut dan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” ujarnya dipetik sebuah portal online.

Dalam pada itu, gadis berusia 24 tahun ini turut berkata bahawa dia menyedari akan kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya sebagai medium untuk memuat naik status berbaur provokasi.


Apa yang lebih teruk, kebanyakan status berkenaan sengaja direka oleh individu tidak bertanggungjawab bagi memburukkan lagi reputasi pelakon ini.

Namun, Afifah tidak pernah mengambil tindakan undang-undang mahupun kisah berkenaan perkara itu kerana berpendapat tiada keperluan untuk dirinya berbuat sedemikian.

“Facebook palsu itu masih wujud dan aktif. Walaupun banyak posting berbaur provokasi dan memburukkan saya tapi saya tidak buat laporan atau ambil tindakan.

“Saya malas perbesarkan perkara ini. Sebelum ini pun saya sudah jelas itu adalah akaun palsu. Terpulang pada orang untuk percaya atau tidak. Sebenarnya saya jarang aktif di Facebook,” katanya.

Terdahulu, dunia hiburan tanah air agak gempar apabila dikejutkan dengan penahanan Aliff Aziz oleh pihak berkuasa selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Bella atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah bersama ibunya dikatakan berjaya menemui pelakon drama Meh Sandar Pada Aku itu di pusat hiburan berkenaan bersama seorang wanita iaitu Afifah. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori