ROM – Jumlah kematian susulan gempa bumi terburuk di Itali hari ini meningkat kepada sekurang-kurangnya 247 orang dan mangsa lain masih lagi dalam proses pencarian oleh para penyelamat tempatan.
Gempa bermagnitud 6.2 skala Richter itu menggegarkan sekitara daerah Seletta pada pukul 3.36 petang Rabu waktu tempatan, dengan jarak 100 kilometer di timur laut ibu kota Rom.
Puluhan mangsa dipercayai terperangkap di celah-celah runtuhan bangunan dia daerah Amatrice, Accumoli dan Pescara del Tronto, yang terletak di lembah berbukit pertengahan Itali.
Misi mencari dan menyelamat masih lagi berterusan hingga ke lewat malam, di sebalik terdapat beberapa gegaran susulan berlaku. Lebih daripada 4,300 orang penyelamat terpaksa menggunakan peralatan angkutan berat dan juga tenaga manual.
Bandar-bandar yang paling teruk terjejas ialah Accumoli, Amatrice, Posta dan Arquata del Tronto, kata jurucakap jabatan bomba, Luca Cari, sambil menambah banyak helikopter akan dikerahkan untuk menilai kerosakan akibat gempa itu.
Kebanyakan mangsa merupakan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan negara tersebut dan menyatakan bahawa terdapat amaran bahawa bilangan angka kematian mungkin akan terus meningkat.
Datuk bandar Accumoli, Stefano Petrucci berkata sejumlah bangunan rosak teruk.
“Empat orang terperangkap di sebalik runtuhan bangunan, namun mereka tidak menunjukkan tanda-tanda masih hidup. Dua ibu bapa dan dua kanak-kanak,” katanya kepada saluran televisyen RAI.
RAI menukil polis sebagai berkata dua orang diketahui sudah mati di perkampungan berhampiran, Pescara del Tronto. Datuk bandar Amatrice melaporkan kerosakan meluas di bandarnya.
“Sesetengah bandar musnah. Ada orang terperangkap di sebalik runtuhan.. Kejadian tanah runtuh berlaku dan sebuah jambatan mungkin akan runtuh,” kata Sergio Pirozzi.
Jabatan Geologi Amerika Syarikat menyatakan gempa bumi bermagnitud 6.2 itu melanda dekat bandar Norcia, di wilayah Umbria, pada 3.36 pagi.
Agensi perlindungan awam Itali menyatakan gempa itu “dahsyat.”
“Ia begitu kuat. Katil seolah-olah bergerak dengan sendirinya sambil membawa kami bersamanya,” kata Lina Mercantini dari Umbria kepada Reuters.
Olga Urbani, di bandar berhampiran Scheggino, berkata: “Ya Tuhan, memang teruk sekali. Dinding-dinding berkerang-keriut dan semua buku terjatuh dari rak-rak.”
Para penduduk Rome, ibu kota Itali yang terletak 170 km dari pusat gempa, tersentak dari tidur akibat gempa itu, yang menggoncang perabot dan menyebabkan lampu-lampu terayun di kebanyakan bahagian tengah Itali.
Satu gempa susulan bermagnitud 5.5 menggegarkan kawasan yang sama sejam selepas gempa bumi melanda.
Jurucakap Perdana Menteri Matteo Renzi menulis di Twitter bahawa pemerintah sedang berhubungan rapat dengan agensi perlindungan awam dan memantau perkembangan itu dengan teliti.
Kali terakhir gempa bumi besar-besaran melanda Itali ialah pada 2009 di bandar tengah Itali L’Aquila, yang meragut lebih 300 nyawa. - MYNEWSHUB.CC