Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KM Sabah Terima Kunjungan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini...

Final Piala Malaysia: Rapid...

KUALA LUMPUR - Rapid KL bakal melanjutkan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) di...

Gangguan Bekalan Air Selama...

GEORGE TOWN - Kira-kira 24,000 penduduk di Permatang Damar Laut dan Batu Maung...

Syed Ali Cadang Mahfuz...

(Petikan: Blog UMNO Cheras)KETUA Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disarankan menyertai ‘Maharaja Lawak’...

Korek Telinga, Hidung Tak Batal Puasa?

KUALA LUMPUR – Perbuatan mengorek hidung atau telinga tidak membatalkan puasa umat Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, tanggapan demikian sekadar menyusahkan umat Islam yang berpuasa.

“Antara anggapan yang tidak tepat ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh atau membatalkan puasa memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut sekali pun bukan makanan dan minuman.

“Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah,” katanya di Facebook semalam.

Mohd. Asri berkata, perbuatan memakai celak dan menggunakan eye drops juga tidak membatalkan puasa seseorang muslim.


“Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit,” katanya.

Sehubungan itu, segelintir netizen mendesak supaya pembelajaran bab puasa di sekolah-sekolah agama diubah kerana umat Islam Malaysia selama ini telah dididik dengan ajaran yang salah tentang amalan berpuasa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori