Kos Haji Dijangka Meningkat Lebih 50 Peratus

KOTA BHARU : Kerajaan menjangkakan kos mengerjakan haji meningkat sehingga 50 peratus, berikutan Cukai Nilai Tambah (VAT) yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi naik 15 peratus, berbanding lima peratus sebelumnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata ia dijangkakan membabitkan kos lebih RM30,000, berbanding sebelum ini RM23,000.

Bagaimanapun katanya, jumlah tepat yang akan diputuskan akan diketahui awal tahun hadapan sebelum dimaklumkan kepada bakal jemaah.

“Selain peningkatan VAT, kos turut meningkat disebabkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu susulan pandemik COVID-19.

“Sebagaimana kita tegaskan sebelum ini, Tabung Haji akan menanggung sebahagian daripada jumlah kos, namun kita belum putuskan berapa banyak yang akan ditanggung.

“Jika sebelum ini kos mengerjakan haji adalah RM23,000, namun kita hanya mengenakan RM9,980 kepada jemaah dan jumlah itu tidak pernah dinaikkan sejak 2001.

“Pada masa sama, kita juga berusaha untuk menyedarkan supaya bakal jemaah yang mampu dapat membayar penuh kos berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran membabitkan 18 keluarga di Jalan Gajah Mati, di sini, hari ini.


Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata, kuota jemaah haji juga akan diketahui awal tahun depan.

Beliau berkata, pihaknya akur dengan segala keputusan yang dibuat kerajaan Arab Saudi sama ada mengekalkan kuota sedia ada iaitu 30,000 jemaah atau dikurangkan.

“Kita perlu terima apa sahaja kemungkinan disebabkan COVID-19. Namun melihat kepada situasi semasa penurunan kes COVID-19 di negara berkenaan, kita mengharapkan jumlah kuota itu dapat dikekalkan atau ditambah,” katanya.

-Berita Harian

Arab Saudi Kini Bersalji

Ikuti Twitter Mynewshub di sini 

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Keyakinan UMNO, Kejujuran PAS

Beberapa pimpinan PAS menyatakan hasrat untuk melihat parti itu kembali bekerjasama dengan UMNO di...

PH Hipokrit Kecam PRN Johor

Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan rasmi mengkritik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Gabungan parti DAP,...

32 Syarikat Dibenar Import Ayam Bulat Sejuk Beku

Jertih : Kerajaan sudah memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia...

Zii Jia Kemuka Rayuan Kepada BAM

KUALA LUMPUR : Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sudah menghantar surat rayuan...

Khamis Keputusan Rayuan Najib Kes AMMB

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada Khamis ini sama ada membenarkan atau tidak...

Pertemuan Muafakat Nasional Johor Ditangguh

JOHOR BAHRU : Pertemuan antara gabungan Muafakat Nasional (MN) negeri melibatkan Pas Johor dan...

Plus, TnG Diarah Perinci Kos RFID

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi...