KPDNHEP Lupus Barang Rampasan

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melaksanakan pelupusan melibatkan pelbagai barang rampasan termasuk barangan tiruan bernilai lebih RM1.64 juta (RM1,643,430.50) di stor penyimpanan ekshibit Selangor, Pusat Perindustrian Bukit Raja Seksyen 7 pada Isnin.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, program pelupusan tersebut dikategorikan sebagai Program Pelupusan Ekshibit Perdana KPDNHEP kerana melibatkan nilai pelupusan barang-barang kes yang mencecah jutaan ringgit.

Mynewshub, KPDNHEP

Zikril Azan berkata, barang kes tersebut dikumpul sejak 2019 melibatkan 33 kes rampasan di negeri itu dan pihaknya telah mendapat arahan pihak berkuasa untuk menutup kes berkenaan.

Baca: RMKe-12: Malaysia Berpendapatan Tinggi Pada 2025

“Kesemua kes yang terbabit telah selesai menjalani proses di mahkamah dan mendapat kebenaran untuk dilupuskan selepas mendapat perintah kebenaran pelupusan dari mahkamah atau pengawal akta yang berkenaan.

“Kesemua barangan yang dilupuskan adalah kes rampasan barangan yang melibatkan pelanggaran Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cap Dagang 2019,” katanya ketika sidang media selepas Program Pelupusan Ekshibit di sini pada Isnin.

“Pihak KPDNHEP Selangor ingin menegaskan kepada mana-mana peniaga di luar sana agar memberi kerjasama yang baik dalam mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

“Sebarang perlakuan yang melanggar mana-mana peruntukan perundangan yang dikuatkuasakan khususnya di bawah perlindungan harta intelek serta melibatkan barangan bersubsidi, pihak kami tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan perundangan yang sewajarnya,” katanya. – BERNAMA

Ikuti Twitter Mynewshub di sini.

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

NADMA 2.0 Mungkin Ditubuhkan

KUALA LUMPUR : Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2.0 berkemungkinan perlu ditubuhkan bagi menjamin...

Pengusaha, Penternak Ayam Telur Diberi Pinjaman Lunak

KUALA LUMPUR : Kerajaan secara dasar bersetuju memberikan pinjaman lunak kepada pengusaha dan penternak...

Kemas Kini Alamat Untuk Elak Kekeliruan Di Hari Mengundi

KUALA LUMPUR : Sebarang pertukaran alamat tempat tinggal perlu dikemaskini segera dengan Jabatan Pendaftaran...

Usul Bahas Saham Azam Tiada Dalam Aturan Mesyuarat

KUALA LUMPUR - Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membahaskan dakwaan pemilikan...

Rakyat Terus Minta Luluskan KWSP RM10,000

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini terus...

RMT: Siasat Sekolah Beri Nasi Putih, Kuah Kepada Murid

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan murid hanya...

‘MetMalaysia Keluar Enam Amaran Tapi Tak Diendahkan’

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan enam kali amaran cuaca signifikan, yang...