• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kronologi Kes Terowong Dasar Laut Di Pulau Pinang

oleh
07/08/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KES projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang kini menjadi tumpuan utama rakyat negara ini, selepas kes SRC yang melibatkan bekas Perdana Menteri ketujuh, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer itu menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai.

Ikuti kronologi kes berkenaan:

8 Jun 2016: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mohon kepada kerajaan Persekutuan untuk laksanakan projek pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.

30 Mac 2017: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof maklumkan belum terima maklumat terkini mengenai kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang atau jambatan ketiga.

22 Jun 2017: UMNO Pulau Pinang desak Lim Guan Eng memperincikan bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa empat kali ganda lebih mahal.

9 Januari 2018: Beberapa pejabat agensi kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang serta syarikat berkaitan projek terowong dasar laut diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

10 Januari 2018: SPRM tahan dua pengarah syarikat hartanah yang bertanggungjawab laksana projek berkenaan.

11 Januari 2018: 12 keterangan saksi diambil pasukan penyiasat SPRM yang terdiri daripada pegawai Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Perancangan Ekonomi Negeri, Pejabat JKR, Pejabat PTG dan pengarah urusan sebuah syarikat.

23 Januari 2018: SPRM tahan perunding kejuruteraan bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

2 Mac 2018: SPRM tahan seorang lagi ahli perniagaan dipercayai terlibat menerima wang sejumlah RM3 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

30 Jun 2020: SPRM tahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan dakwaan elemen rasuah dalam projek terowong itu.

3 Julai 2020: SPRM ambil keterangan dua pegawai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

6 Julai 2020: Tiga Exco Pulau Pinang iaitu Jagdeep Singh Deo, Chong Eng dan Phee Boon Poh beri keterangan di SPRM.

15 Julai 2020: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Pulau Pinang Dr Afif Bahardin hadir ke ibu pejabat SPRM, dipercayai berkaitan siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

22 Julai 2020: Lim Guan Eng beri keterangan berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di ibu pejabat SPRM.

25 Julai 2020: Lim Guan Eng beri keterangan kali kedua berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di ibu pejabat SPRM.

26 Julai 2020: Lim Guan Eng beri keterangan kali ketiga berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di ibu pejabat SPRM.

6 Ogos 2020:

9.10 malam: Guan Eng sampai di bangunan SPRM untuk memberikan keterangan.

9.30 malam: Guan Eng ditahan pihak SPRM jam 9.30 malam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

7 Ogos 2020:

8.24 pagi: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng keluar dari bangunan SPRM, Putrajaya menuju ke Mahkamah Khas Rasuah Jalan Duta berkaitan isu torowong dasar laut di Pulau Pinang.

9.06 pagi: Guan Eng tiba di Mahkamah Khas Rasuah Jalan Duta. – Sinar Harian

Tags: Pulau Pinangrasuahterowong dasar laut
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd