Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Budak Jatuh Dalam Periuk...

NGERI sungguh! Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun melecur hampir seluruh badan selepas terjatuh...

Syria Sah Serangan Israel...

DAMSYIK - Tentera Syria pada Khamis mengesahkan serangan berhampiran lapangan terbang antarabangsa di...

PetroSaudi International Diberi Gelaran...

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan...

Warga Jepun Maut Langgar...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Jepun maut selepas kereta dipandunya merempuh seekor...

Kru Restoran Kongsi Duit Beli Kereta Untuk Rakan Sekerja

LOUISIANA, Amerika Syarikat – Sekumpulan pekerja sebuah restoran masakan Itali di sini menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada rakan sekerja mereka selepas kenderaannya hilang dipercayai dicuri penjenayah baru-baru ini.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Kea dilaporkan kehilangan keretanya di satu kawasan tempat letak kereta dekat tempat kerjanya, Restoran Ruffino’s on the River di bandar Lafayette di sini.

Rakan-rakan sekerja itu kemudian bersepakat mengutip derma sesama mereka untuk membeli kereta lalu membuat satu kejutan khas untuk Kea dan keluarganya.

Hadiah itu bertujuan meringankan kesukaran yang dihadapi Kea selain menghargai usaha keras sejak lebih 20 tahun lalu berkhidmat dalam dunia perniagaan restoran itu.

Majlis penyerahan kereta baharu itu diadakan di sebuah lot parkir yang dihadiri semua pekerja, pengurus restoran, Ruffin Rodrigue, Kea dan keluarganya. Klip video kejutan itu dikongsi di Facebook.


Kea kelihatan sebak pada majlis itu dan Rodrigue memberitahunya: “Kamu adalah keluarga kami dan bekerja keras sepanjang berada di sini. Kami mahu anda kekal lebih lama bersama keluarga ini. Jadi, ini cuma suatu hadiah kecil daripada (kami) semua.” – Agensi/Kosmo Online

Kategori