KSSMOA Galak Hidup Gaya Sihat Murid Orang Asli

JOHOR BAHRU – Pembudayaan sukan di sekolah dalam kalangan masyarakat Orang Asli menerusi Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA) dilihat mampu menyubur minat terhadap sukan sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata seramai 478 murid Orang Asli berumur bawah 12 tahun dari tujuh negeri termasuk Johor, Pahang dan Perak terlibat dalam KSSMOA yang berlangsung selama lima hari bermula 22 Okt lalu.

Beliau berkata kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dalam penganjuran KSSMOA tersebut memasuki tahun kelima penajaan daripada pihak yayasan.

“Kejohanan ini merupakan platform terbaik untuk meningkatkan penyertaan murid Orang Asli dalam aktiviti sukan sekali gus dapat merealisasikan hasrat Sasar 1 Murid 1 Sukan serta mewujudkan integrasi antara mereka.

“Kejohanan ini diharap dapat membantu masyarakat Orang Asli yang merupakan salah satu usaha untuk memperkasa masyarakat itu melalui program pembangunan modan insan yang komprehensif,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Shukry berkata antara sukan yang dianjurkan menerusi KSSMOA adalah bola sepak, bola baling, sepak takraw serta ragbi sentuh atau dikenali sebagai ragbi ‘Rimau’ yang mana pemenang menerima pingat, piala pusingan serta sijil penyertaan.

Tambahnya, Yayasan Bank Rakyat memperuntukkan RM209,000 bagi penganjuran kejohanan tersebut seiring dengan komitmen yayasan untuk meningkatkan taraf pendidikan melalui sudut yang berlainan.

Katanya para peserta turut dibawa melawat ke taman tema Legoland Malaysia yang juga salah satu proses pembelajaran dari segi rekaan dan binaan bongkah. –BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Dua Negeri Malam Ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi Negeri Sembilan...

UMNO Miliki Peluang Besar Menang PRN Johor

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) negeri khususnya UMNO mempunyai peluang besar untuk merekod kemenangan...

PRN Johor Perlu Diadakan Kerana Kedudukan Kerajaan Negeri Rapuh

JOHOR BAHRU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan berikutan kerajaan negeri berada dalam...

BN Atau BN Plus, Tunggu Keputusan Pimpinan Pusat UMNO – Hasni

JOHOR BAHRU: Sebarang keputusan untuk melibatkan parti-parti luar UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi...

PAS Belum Putus Ikut PN Atau MN Dalam PRN Johor

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum menetapkan...

PH Johor, MUDA Bincang Kerjasama Hadapi PRN

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)...

Sultan Johor Perkenan Bubar Dewan Undangan Negeri Johor

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menandatangani...