Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Serbu Apartmen...

KUALA LUMPUR - Polis menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa pasukan polis...

2 Juruterbang Air India...

DUA juruterbang Air India digantung tugas selepas kedua-dua mereka dilaporkan bergaduh di dalam...

Kerana Dendam Dibuang Kerja,...

KUANTAN - Seorang penganggur yang membunuh bekas penyelianya Februari tahun lepas hanya disebabkan...

Berbekalkan RM15 Terakhir Untuk...

BERBEKALKAN wang terakhir RM15, seorang warga emas terpaksa berkorban membayar tiket bas untuk...

Ku Nan Dihukum Penjara 12 Bulan, Denda RM2 Juta

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta atau penjara enam bulan terhadap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas mendapatinya bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.

Bagaimanapun, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan.

Terdahulu, semasa menyabitkan Tengku Adnan, 70, bersalah terhadap pertuduhan itu, Mohamed Zaini berkata pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan munasabah ke atas tertuduh dan Ahli Parlimen Putrajaya itu juga gagal menangkis kes pendakwaan.

Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016. – BERNAMA

Kategori